Erti bahagia

✍🏿  Muhasabah Hati ...

Ketahuilah, bahwa kaya dan miskin bukanlah tanda orang itu mulia dan hina.

Malah, rezeki tidak dibatasi pada orang beriman saja. Orang yang bermaksiat pun Allah beri rezeki.

_Itulah Lathif-nya Allah (Maha Lembutnya Allah)._

Allah memberi rezeki itu boleh jadi pada orang yang Dia cintai atau pada yang tidak Dia cintai.

Begitu pula Allah menyempitkan rezeki orang yang Dia cintai ataupun tidak.

*"Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa), Kami bersegera memberi kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar"*

*Al Mu'minun: 55-56.*

*"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata: "Tuhanku menghinaku". Sekali-kali tidak! Bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim.*

*Al Fajr: 15-17*

Sebenarnya yang diukur ketika seseorang dilapangkan dan disempitkan rezeki adalah ketaatannya kepada Allah dalam dua keadaan tersebut.

Jika dia adalah seorang yang berkecukupan, dan dia bersyukur kepada Allah dengan nikmat tersebut, maka inilah yang benar.

Begitu pula ketika dia serba kekurangan, lalu dia bersabar malah bersyukur, inilah yang terbaik.

_Bahagia itu dari dalam hati._
_Kesannya zahir rupanya maknawi._
_Terpendam bagai permata dalam hati_
_Terbenam bagai mutiara disalut nurani_

_Bahagia itu pada hati._
_Bertakhta di kerajaan diri_
_Bahagia itu pada jiwa._
_Mahkota di singgahsana rasa._
_Bahagia itu kesabaran._
_Bila susah tidak gelisah._
_Bila miskin tidak pemarah._
_Bila gagal tidak resah._
_Hakikatnya bahagia itu ketenangan._
_Bila hati mengingati Tuhan._

# Warkah Waraqah.
# SilaShareTanpaEdit.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2