Adab berdoa

*10 ADAB BERDOA (KITAB IHYA ULUMUDIN, IMAM AL-GHAZALI) :*

Pertama (1): Hendaklah mencari waktu-waktu mustajabah, seperti hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga malam terakhir dan waktu sahur.

Kedua (2): Mencari keadaan-keadaan mustajabah, seperti ketika sujud, berperang, turun hujan, iqamah solat dan setelah solat. Selain itu, menurut Imam Nawawi, ketika hati sedang lembut.

Ketiga (3): Menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan dan mengusap wajah setelah selesai berdoa.

Keempat (4): Merendahkan suara antara berbisik dan bersuara kuat.

Kelima (5): Tidak perlu bersajak dalam berdoa. Ini dianggap sebagai perbuatan berlebihan dalam berdoa. Yang lebih utama, cukup dengan doa-doa yang mahtsur (doa dari Quran atau Hadis). Sebab, tidak semua orang baik dalam melantunkan doa, sehingga dikhuatiri akan bertindak berlebihan.

Keenam (6): Tunduk, takut dan khusyuk.


Ketujuh (7): Memohon dengan bersungguh-sungguh, menyakini akan dikabulkan dan membenarkan pengharapannya pada hal tersebut. Dalil-dalilnya cukup banyak. Sufyan bin Uyainah rahimahullah mengatakan, Jangan pernah menghalang salah seorang dari kamu untuk berdoa apa yang dia ketahui ada dalam dirinya, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. mengabulkan doa makhluk-Nya yang paling jahat sekalipun, iaitu Iblis.

Kelapan (8): Meminta dengan bersungguh-sungguh dan mengulangi permintaannya sebanyak tiga kali (3x) serta tidak berharap lama dikabulkan.

Kesembilan (9): Memulakan doa dengan berzikir kepada Allah s.w.t. menurut Imam Nawawi, selain itu juga membaca selawat kepada Rasulullah setelah memanjatkan puja-puji ke hadrat Allah s.w.t. serta menutup doa dengannya pula.

Kesepuluh (10): Ini yang paling penting dan merupakan dasar dari dikabulkannya doa, iaitu taubat, mengembalikan hak-hak orang lain dan menghadap Allah s.w.t

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2