Makan dan minum orang mukmin
*Assalamualaikum*
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Makan Dan Minum Orang Mukmin*
عَنْ جَابِرٍ وَابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ
_*Dari Jabir dan Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin makan dengan satu usus (perut) sedangkan orang kafir makan dengan tujuh usus (perut).”*_ (HR Bukhari No: 3841) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1. Orang mukmin makan dan minum dalam kadar yang sederhana mengikut adab dan akhlak.
2. Orang mukmin perlu berbeza dengan orang kafir antaranya dalam bab makan dan minum. Mukmin hanya makan sedikit (satu perut) berbeza dengan orang kafir, makannya berlebihan (untuk tujuh perut).
3. Imam An-Nawawi : Maksud hadis ini adalah agar menyedikitkan (kecenderungan) kepada dunia dan motivasi agar sentiasa zuhud dan qana’ah (merasa cukup). Beliau juga menyatakan: Sedikit makan merupakan kemuliaan akhlak seseorang dan banyak makan adalah lawannya.
4. Imam Asy-Syafi’i: Kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah.
*Makan dan minumlah dengan kadar yang sederhana agar kita sentiasa cerdas. Ambil kesempatan perbanyakkan puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban ini.*
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
09hb April 2018
22hb Rejab 1439H
22hb Rejab 1439H
Comments
Post a Comment