Hakikat seorang hamba

🌎  *CERITA   PAGI*  🌎

  *Assalaamualaikum.....*
    
      Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap TuhanNYA. Antara rasa itu ialah rasa miskin, rasa jahil, rasa diri lemah, rasa bersalah, rasa hina dan lain lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan dan cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala galanya itu datang daripada Allah.  Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. DIAlah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang orang yang beriman." (Surah at-Taubah 9:51 ).
     Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba ? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa dia diuji..kenapa aku, bukan orang lain.?  Dia sama sekali tidak mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang.  Jika kita *memberontak* hati akan bertambah kacau.
      Bila ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja'- *INNALILLAH WA INNA ILAIHI RAJIUN*.
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja' ? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar memperkukuhkan rasa kehambaan. Bahawa kita ialah hamba milik Allah dan kepadaNYA kita akan dikembalikan.
Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

   🌹 Waallahu'aklam 🌹

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2