Mengapa kebaikan itu berat

•┈┈•◈◎◇❖ ۝ *﷽* ۝ ❖◇◎◈•┈┈•

*MENGAPA KEBAIKAN ITU BERAT DILAKUKAN  DAN KEBURUKAN ITU RINGAN DILAKUKAN?*

Tertanya kepada diri sendiri kenapa perkara yang baik seperti

↪ menegakkan shalat

↪ membaca Al Quran

↪ menutup aurat dengan sempurna

Dan kebaikan yang lain
diabaikan oleh kita?

Sedangkan perkara maksiat seperti

↪ meninggalkan shalat

↪ mengabaikan Al Quran

↪ tidak menutup aurat dengan sempurna

amat mudah dilakukan....

Terbaca olehku kata²
Al-Imam Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah

وقـد سـئل بعـض السّـلف عـن سـبب ثقـل الحسـنة وخـفّة السّـيّئة

Sebahgian salaf ditanya; Apa sebabnya mengapa kebaikan itu berat dan kejelekan itu ringan dilakukan?

🖍 Dia menjawab:

لأنّ الحسـنة حضـرت مـرارتها وغـابت حـلاوتها فـثقلت فـلا يحمـلنّك ثقـلها عـلى تركـها

Kerana kebaikan itu telah hadir pahitnya dan belum terlihat manisnya (nikmat syurga), maka berat (dilakukan).

↪ *Maka janganlah beratnya itu membawamu untuk meninggalkannya*.

والسّـيّئة حضـرت حـلاوتها وغـابت مـرارتها فلـذلك خفّـت فـلا يحمـلنّك خـفّتها علـى ارتكابـها

Sementara kejelekan itu telah hadir manisnya dan belum terlihat pahitnya (adzab di neraka), maka dari itu ia mudah dilakukan.

↪ *Maka janganlah mudahnya (kejelekkan) itu membawamu untuk terjatuh ke dalamnya.*

📚 [Fathul Bari juz 13 h. 614]

Perbanyakkan bermohon kepada Allah تعالى agar kita menjadi hamba²Nya yang " _Kami Dengar dan Kami Ta'at_"

Moga Manfaat InsyaAllah

┏━━━━━❃❀❃━❃❀❃━━━━━┓
🌺    *Atshabat Alaa Tauhid*      🌺
 ┗━━━━━❃❀❃━━❃❀❃━━━━━┛

🗝 _Tauhid & Akhlak Modal Ke Syurga_

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2