Syaitan di rongga hidung

Salam ikhwan/akhwat.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

HALAU SYAITAN DIRONGGA HIDUNG

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَتَوَضَّأَ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثًا  فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيْشُومِهِ

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian bangun dari tidurnya, maka hendaklah berwudhu' lalu beristintsar (mengeluarkan air dari hidung) sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari No: 3295) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Islam mengajar kita ber'adab dan berakhlak dalam setiap perkara.

2.  Antara 'adab seorang Muslim selepas bangun daripada tidur adalah mengambl wudhu'.

3.  Beristintsar (memasukkan air kedalam rongga hidung dan mengeluarkannya) ketika berwudhu' adalah sunat dilakukan.

4.  Antara hikmah memasukkan air kedalam rongga hidung dan mengeluarkan kembali sebanyak tiga kali bertujuan untuk menghalau syaitan yang menumpang untuk bermalam di lubang hidung.

Pastikan 'amalan memasukkan dan mengeluarkan air ke dalam rongga hidung kita lakukan sebaik sahaja bangun dari tidur melalui 'amalan berwudhu'.

03hb Disember 2018
25hb Rabiul Awal 1440

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2