Muflis di akhirat
ASSALLAMUALAIKUM......🌻🌻🌻
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Muflis Di Akhirat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أتَدْرُونَ مِن الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا لَهُ دِرْهَمَ وَلَا دِينَارَ وَلَا مَتَاعَ قَالَ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يَأْتِي بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ عِرْضَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُقْعَدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?" Para sahabat menjawab; "Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda." Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompukkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” (HR Ahmad No: 8062) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang muflis di akhirat bukan kerana tidak memiliki wang ringgit serta harta semasa di dunia.
2. Orang yang muflis di hari kiamat pada awalnya datang dengan pahala hasil amal ibadat semasa di dunia (pahala solat, puasa, zakat dan amal solleh yang lain) namun pahalanya habis kerana terpaksa membayar hutang pada orang lain.
3. Muflis kerana pahala yang ada terpaksa membuat bayaran hutang dosa yang dilakukan semasa di dunia antaranya dosa mencela, menghina, menuduh, mengumpat dan memfitnah orang lain sama ada melalui lisan mahupun tulisan.
4. Muflis juga disebabkan pahala yang ada terpaksa membayar hutang yang belum dijelaskan semasa didunia seperti mengambil harta orang lain, mencederakan serta menumpahkan darah tanpa hak.
5. Muflis kerana pahala yang ada telah habis, sedangkan hutang dosa dengan orang lain masih ada. Akhirnya terpaksa menanggung dosa orang lain.
Jangan biarkan kita menjadi MUFLIS di akhirat nanti.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
11hb Disember 2018
03hb Rabiul Akhir 1440
Comments
Post a Comment