Masa bergerak pantas
ASSALAMUALAIKUM
TAZKIRAH... SEDARKAH KITA MASA BEGITU PANTAS MENINGGALKAN KITA
Pejam celik pejam celik kita dah pun berada didlm bln Rabiulakhir. Tidak terasa masa begitu pantas meninggalkan kita. Rasulullah saw bersabda :
Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat setahun spt sebulan dan sebulan dirasakan spt seminggu dan seminggu dirasakan spt sehari dan sehari dirasakan dpt satu jam dan satu jam dirasakan spt satu percikan api
(HR at Tirmizi drp Anas bin Malik)
Memang benar spt apa yg disabdakan oleh Rasulullah saw. Masa begitu cepat berlalu. Namun berapa keratkah dikalangan kita yg mengambil peringatan yg diberikan melalui hadis ini. Amat rugi sekali bagi kita kerana kita tidak mengambil Ibrah dari hadis ini kerana sesungguhnya org yg rugi adalah mereka yg diberikan kenikmatan oleh Allah namun tidak mencari bekalan utk dibawa pulang kenegeri yg kekal abadi. Inilah penyesalan yg amat besar sekali kerana bila melihat mereka2 yg kembali bertemu dgn Allah swt dgn membawa byk bekalan sedangkan kita tidak punya sedikitpun bekalan. Mengapa kita begitu lalai dlm berbuat amal kebajikan sedangkan Allah swt telah memberi kita ruang masa yg begitu luas? Ini kerana hati kita dikuasai oleh hawa nafsu. Kita cukup rakus dlm mengejar harta dunia. Kita mengganggap yg kita punya umur yg panjang sedangkan kematian itu begitu hampir dgn kita. Antara penyebab hati kita mati adalah kerana kita sering menangguh akan taubat sedangkan taubat itu wajib bagi kita. Bila kita menangguhkan taubat kpd Allah maka dosa yg yg lain pula akan dtg menempel kedalam hati kita. Maka lama kelamaan hati kita menjadi hitam hingga kita tidak nampak jln kembali. Justeru itu jgn lah kita menunggu hingga kita mempunyai masa utk kita beramal soleh kerana masa yg berlalu itu tidak akan kembali. Perbanyakkanlah mencari bekalan kerana sesungguhnya kita telahpun berada diakhir zaman. Andai kita tidak mengambil pengajaran dari hadis ini maka bila lagi masa yg ada utk kita yg tinggal sedangkan kematian itu tidak mengenal usia.
ANTARA TANDA2 KIAMAT MASA MENJADI SINGKAT SEDANGKAN KITA MASIH LAGI LALAI DGN MEMBUANG WAKTU DGN PERCUMA TANPA MELAKUKAN PERKARA YG MEMBAWA KPD KEBAHAGIAN KITA DIAKHIRAT
RENUNG2KANLAH
Comments
Post a Comment