Zikir di kala down

JIWA TARBAWI 477

Bila jiwa rasa ‘down’ ...

Wiridkanlah di lidahmu tasbih Nabi Yunus 

لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (٨٧) ( سورة الأنبياء )

Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya menzalimi diri sendiri.۝

Dalam hadis sahih riwayat Imam Nasai’:

أَلَا أُخْبِرُكُمْ، أَوْ أُحَدِّثُكُمْ بِشَيْءٍ إِذَا نَزَلَ بِرَجُلٍ مِنْكُمْ كَرْبٌ، أَوْ بَلَاءٌ مِنْ الدُّنْيَا دَعَا بِهِ فَرَّجَ عَنْهُ؟ فقيل له: بَلَى، قَالَ: دُعَاءُ ذِي النُّونِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ ، إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam  bersabda: Mahukah aku beritahu kamu sesuatu, bilamana seseorang itu bersedih atau ditimpa kesusahan dan dia berdoa dengan ucapan ini nescaya terlepas ia dari masalah tersebut.

Para Sahabat menjawab, “Mahu wahai Rasulullah”.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyambung, “Ucapkanlah doa Zinnun ( Yunus) ‘Lailaha....”.

Dalam hadis sahih riwayat Imam Tarmizi:

فإنها لم يدع بها رجل مسلم في شيء إلا استجاب له.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Doa Zinnun yang diucapkannya kepada TuhanNya dalam munajatnya, sesungguhnya tiada seorang Muslim berdoa dengan doa ini melainkan Allah memakbulkannya.

Tasbih Nabi Yunus ini adalah antara Ismul A’zam. Doa yang dimunajatkan oleh Nabi Allah yang mulia iaitu Yunus ‘alaihissalaam. Tasbih ini didengari oleh para malaikat walaupun ketika itu Nabi Yunus berada dalam perut ikan paus.

Justeru, perbanyakkanlah sebutan tasbih ini di lidahmu...

لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2