Ramai berzikir tapi dekat dengan syaitan

*KENAPA RAMAI ORANG BERZIKIR TETAPI MEMBUAT MEREKA TETAP DEKAT DENGAN SYAITAN*

👤Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al Ghazali)

*"Syeikh, bukankah zikir boleh membuat seseorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari menjauh darinya?"*

*“Benar,”* Jawab Imam al-Ghazali.

*"Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir justeru malah semakin dekat dengan syaitan atau kesyaitanan ?”,* lanjut Sang Murid.

Gurunya yang diberi gelar Hujjatul Islam inipun menjawab :.

*“Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing namun dia masih menyimpan tulang dan pelbagai makanan kesukaan anjing disekitarnya?”*

*"Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir",* jawab Sang Murid.

Imam al-Ghazali menjelaskan, *"Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan pelbagai penyakit hati dalam dirinya. Syaitan akan terus datang  dan mendekati bahkan bersahabat dengannya".*

Penyakit-penyakit hati itu ialah :

1. Kesombongan
2. Iri hati
3. Dengki
4. Syirik (menyimpan benda yg disukai syaitan)
5. Bersikap/berkata kasar
6. Riya
7. Merasa soleh
8. Merasa Suci
9. Ghibah
10. Marah dan pelbagai penyakit hati lainnya.

Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan akan senantiasa datang, mendekatinya. Kemudian menjadi sahabat karibnya..Naudzubillah.

Dari An Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ

*“Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (Qolbu)”* (HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).

26.Asy-Syu'arā : 89

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

*kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (Qolbun Saliim),*

37.Aṣ-Ṣāffāt : 84

إِذْ جَاءَ رَبَّهُ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

*(Ingatlah) ketika dia datang kepada Robbnya dengan hati yang suci (Qolbun Saliim),*

_Marilah buang segala penyakit hati.._

*"Ya Allah.. Kurniakan aku rasa cinta kepadaMu, cinta kepada org2 yg mencintaiMu,dan cinta kepada amal2 yg mendekatkan aku kepadaMU dan mendapatkan redhaMu".*

Aamiin Yaa Robbal Aalamiin..

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2