Status kesahihan kelebihan amalan

♦♦ *STATUS KESAHIHAN KELEBIHAN AMALAN*

1. Solat berjemaah - mendapat 25 atau 27 pahala. SAHIH. [Sahih Al-Bukhari No.645 & 646]

2. Saf pertama - Selawat (rahmat) drp Allah & para malaikat. SAHIH. [Sunan Abu Daud no.664, & Sunan Al-Nasa'i no.811]

3. Menyebut "Amin" selepas Surah Al-Fatihah di dalam solat - diampunkan dosa yg telah lalu. SAHIH. [Sahih Al-Bukhari no.780 & Muslim no.410]

4. Solat Isyak berjemaah - pahala qiyamullail 1/2 malam. SAHIH. [Sahih Muslim no.656]

5. Solat Subuh berjemaah - pahala qiyamullail sepanjang malam. SAHIH. [Sahih Muslim no.656]

6. Solat malam (Tahajjud dll) - masuk syurga dengan selamat. SAHIH. [Jami' Al-Tirmizi no.2485]

7. Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh - lebih berharga daripada dunia & seisinya. SAHIH. [Sahih Muslim no.725]

8. Solat sunat Isyraq - pahala haji & umrah yg sempurna. HASAN dgn penguat. Riwayat Anas, Abi Umamah & Utbah bin Abd RA. [Jami' Al-Tirmizi no.586 & Syarh Al-Sunnah no.710 oleh Al-Baghawi]. Dinilai hasan oleh Al-Albani (Al-Silsilah Al-Sahihah no.3403) dll.

9. Solat sunat Dhuha -
9.1 diampunkan dosa walaupun sebanyak buih di lautan. DAIF. [Sunan Abu Daud no 1287 & Musnad Ahmad no 15623]. Dinilai daif oleh Ibnu Abdul Bar (Al-Tamhid 8/142) dll.

[Jami' Al-Tirmizi 476, Sunan Ibnu Majah no.1382, Musnad Ahmad no.9716 & 10447]. Dinilai daif oleh Al-Suyuti (Al-Jami' Al-Saghir no.8604) dll.

9.2 Dibinakan rumah di Syurga. DAIF. [Jami' Al-Tirmizi No.473 & Ibnu Majah no.1380]. Dinilai daif oleh Al-Nawawi (Al-Khulasah 1/571) dll.

10. Solat sunat sebelum Zohor 4 rakaat -
10.1 Dibinakan rumah di Syurga. DAIF. [Musannaf Ibnu Abi Syaibah no.6015, Mu'jam Al-Ausat no.2879 dll]. Dinilai ghair mahfuz (tidak terpelihara) oleh Ibnu Adi (Al-Kamil fi Al-Du'afa' 6/255) dll.

10.2 Pahala seperti melakukannya pada malam LailatulQadar. DAIF JIDDAN. [Al-Mu'jam Al-Ausat no.2733 (3/141)]. Dinilai daif jiddan oleh Al-Haithami (Majmu' Al-Zawaid 2/233) dll.

11. Solat sunat sebelum Zohor 4 rakaat & selepas Zohor 4 rakaat - diharamkan drp api neraka. SAHIH. [Jami' Al-Tirmizi no.428, Sunan Abu Daud no.1269, Al-Nasai no.1816 & Ibnu Majah no.1160]

12. Solat sunat sebelum Asar 4 rakaat -
12.1 mendapat rahmat Allah. HASAN. [Jami' At-Tirmizi no.430, Sunan Abu Daud no.1271, Musnad Ahmad no.5980, Sahih Ibnu Khuzaimah no.1193 & Sahih Ibnu Hibban no.2453]. Dinilai hasan oleh Syu'aib Al-Arnaut (Takhrij Sahih Ibnu Hibban no.2453) dll.

12.2 diharamkan drp api Neraka. DAIF.
Riwayat Abdullah bin Amru, Ummu Salamah, Umar bin Al-Khattab, dan Ummu Habibah Ramlah RA. [Mu'jam Al-Ausat no.2580 & Al-Duafa Al-Kabir 4/463]. Dinilai daif oleh Al-Albani (Al-Silsilah Al-Daifah no.5056) dll. Dikatakan ada riwayat dari Ali bin Abi Talib RA dgn sanad hasan. [Tabaqat Al-Muhadithin bi Asbahan no.256].

13. Solat sunat selepas Isyak 4 rakaat - pahala seperti melakukannya pada malam LailatulQadar. DAIF. [Mu'jam Al-Kabir no.13800 (13/130), Mu'jam Al-Ausat 5/254 & Musnad Abi Hanifah hal.223]. Tetapi ada athar sahabat dengan sanad hasan atau sahih [Musannaf Ibnu Abi Syaibah no.7351-7357]

14. Solat sunat Rawatib 12 rakaat - Dibinakan rumah di Syurga. SAHIH. [Sahih Muslim No.728]

15. Membaca Al-Quran - 10 pahala setiap huruf. HASAN SAHIH. [Jami' Al-Tirmizi no.2910, Hilyah Al-Auliya' 6/263 & Syu'ab Al-Iman no.1983]

16. Membaca Surah Al-Fatihah - Surah paling agung dlm Al-Quran. SAHIH. [Sahih Al-Bukhari no.4474 & 5006]

17. Membaca Surah Al-Zalzalah - pahala 1/2 Al-Quran. DAIF, tiada hadith menguat. [Jami' Al-Tirmizi no.2894, Mustadrak Al-Hakim no.2010 (1/566), Al-Tamhid no.1239 (7/259) dll]. Dinilai munkar oleh Al-Zahabi (Mizan al-I'tidal 1/493) dll.

18. Membaca Surah Al-Kafirun - pahala 1/4 Al-Quran. DAIF
[Jami' Al-Tirmizi no.2895; Musnad Ahmad no.13333; Al-Kamal fi Al-Duafa 3/334 dll]. Dinilai daif oleh Al-Albani (Daif Al-Targhib no.890) dll.

19. Membaca Surah Al-Ikhlas - pahala 1/3 Al-Quran. SAHIH
[Sahih Al-Bukhari no.5013, 6643 & 7374]

20. Membaca Ayat Kursi selepas setiap solat Fardhu - tiada apa yang menghalang memasuki syurga kecuali mati. HASAN. [Sunan Al-Kubra Al-Nasai no.9938; Amal Al-Yaum wa Al-Lailah no.124 dll]. Dinilai HASAN oleh Al-Suyuti (Al-Nukat Ala Al-Mauduat no.57 & Al-Laali Al-Masnuah 1/230); Al-Albani (Al-Silsilah Al-Sahihah no.972) dll.

21. Membaca 100 ayat Al-Quran setiap malam - pahala qiyamullail sepanjang malam. HASAN SAHIH. [Al-Sunan Al-Kubra Al-Nasai no.10553 & Musnad Ahmad no.16958]. Dinilai sahih oleh Al-Suyuti (Al-Jami' Al-Saghir no.8904); Al-Albani (Al-Silsilah Al-Sahihah no.944) dll.

22. Membaca Sayyidul Istigfar setiap siang dan malam - mendapat syurga jika meninggal siang atau malam hari itu. SAHIH. [Sahih Al-Bukhari no.6306]

23. Membaca
استغفَرالله للمؤمنين والمؤمناتِ
- pahala seramai orang yang beriman, lelaki & perempuan. DAIF disisi mutaqaddimin, HASAN dgn penguat menurut mutakhirin. [Musnad Syamiyyin no.2118 (3/234)]. Riwayat 'Ubadah bin Al-Samit RA, Ummu Salamah, Anas, Abi Al-Darda', Abi Hurairah, & Abi Sa'id Al-Khudri RA. Dinilai hasan oleh Al-Albani (Sahih Al-Jami' Al-Saghir no.6026) dll.

24. Membaca
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَأَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ مِنْكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
- mendapat syafaat Nabi pada hari Kiamat. HASAN dgn penguat. [Mu'jam Al-Kabir no.4350]. Dinilai hasan oleh Al-Sakhawi (Al-Qaul Al-Badi' no.65) dll. Dinilai daif oleh Al-Albani (Al-Silsilah Al-Daifah no.5142).

25. Membaca
جَزَى اللَّهُ عَنَّا مُحَمَّدًا بِمَا هُوَ أَهْلُهُ
- tujuh puluh malaikat menulis ganjarannya selama 1000 hari. DAIF, tiada penguat. [Mu'jam Al-Ausat 1/82]. Dinilai daif jiddan (Al-Silsilah Al-Daifah no.1077) & munkar (Al-Silsilah Al-Daifah no.5109) oleh Al-Albani.

26.1. Membaca
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
- 100x, diampunkan dosa walaupun sebanyak buih di lautan. SAHIH. [Sahih Al-Bukhari no.6405 & Sahih Muslim no.2691]

26.2. Bertasbih 100x, mendapat 1000 pahala & diampunkan 1000 dosa. HASAN SAHIH. [Sahih Muslim no.2698 & Jami' Al-Tirmizi no.2463]

🔷🔷MOGA BERMUNAFAAT

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2