Akhlak Rasulullah
Indahnya peribadi Nabi s.a.w...
Daripada riwayat al Bukhari dan Muslim, Nabi itu seorang yang kacak wajahnya dan indah akhlaknya.
Baginda s.a.w tidak mengucap ucapan yang keji. Tidak membalas dendam atas kezaliman ke atas Baginda.
Tidak pernah diberikan pilihan antara dua perkara melainkan Baginda memlilih yang paling mudah selagi pilihan itu bukan satu yang berdosa.
Tangan Baginda s.a.w tidak pernah memukul wanita, hamba abdi dan khadam kecuali semasa di medan perang.
Apabila berbicara dengan seseorang Baginda pasti mengadap wajah ke arah orang itu sehingga dia menyangka dialah orang penting dan dikasihi Baginda Nabi s.a.w.
Dalam pada itu, Baginda s.a.w seorang yang pemalu sehingga disifatkan bagaikan pemalunya seorang gadis.
Percakapan Baginda s.a.w jelas, tidak tergesa gesa dan difahami oleh pendengar.
Kritikan Baginda ada adabnya!
Baginda seorang yang pemurah, tidak pernah berkata tidak apabila diminta sesuatu haknya.
Bagindalah rahmat bagi sekalian alam. Lalu mengapakah wujudnya manusia zaman kini yang menolak secara sengaja atau tidak segala contoh kehidupan dan contoh beragama yang Nabi s.a.w tinggalkan.
Dimanakah Nabi s.a.w dalam hati kita?
Semoga Bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!
Nabi Rahmat Sekalian Alam
Contoh Paling Mulia Ikut Nabi..
-UAH
Comments
Post a Comment