Ukhuwah membawa berkat

13 Jamadil Awal 1439H
30 Januari 2018M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kenapa mudah sangat merajuk, jauh hati dan tawar hati dalam kehidupan berjama'ah...

Hanya kerana semata-mata ditegur, diberi pandangan, berbeza pandangan, atau pandangan kita tidak diterima...

Ianya mungkin berpunca dari jiwa yang lemah. Lemah hubungan jiwanya dengan Allah...

Atau hati yang tidak khusyuk dalam solat apatah lagi di luar solat...

Membaca Al Quran tapi tidak mentadabburnya...

Wirid-wirid ma'thur yang tidak berkekalan, bahkan selalu cuai...

Solat fardu terabai dan tidak berjama'ah...

Tambah lagi solat sunat hanya bila terpaksa dan dipaksa...

Semuanya itu hanya menghasilkan jiwa yang lemah (tidak kuat) sedangkan seorang pejuang wajiblah seorang yang kuat jiwanya. Hanya yang kuat dan tabah akan terus bertahan dan hidup!
Allah SWT berfirman:

تَتَجَافٰى  جُنُوْبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُوْنَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَّطَمَعًا  ۖ   وَّمِمَّا  رَزَقْنٰهُمْ يُنْفِقُوْنَ

"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."
(As-Sajdah: 16)

Allah SWT berfirman lagi:

وَاَطِيْعُوا اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ وَلَا تَنَازَعُوْا فَتَفْشَلُوْا وَتَذْهَبَ رِيْحُكُمْ وَاصْبِرُوْا    ؕ  اِنَّ اللّٰهَ مَعَ الصّٰبِرِيْنَ

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Anfal: 46)

Dia sangat tahu dan mengerti apa yang ada di dalam hati engkau. Bahkan sekali pun yang tersembunyi. Namun Dia tetap mahukan engkau menadah doa memohon kepadaNya kerana kita adalah hambaNya...

وَاِنْ تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ  فَاِنَّهٗ يَعْلَمُ السِّرَّ وَاَخْفٰى

"Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi."
(Ta Ha: 7)

Allah SWT berfirman lagi:

اُدْعُوْا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَّخُفْيَةً  ؕ  اِنَّهٗ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِيْنَ

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas."
(Al-A'raf: 55)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ".

"Berdoalah kepada Allah walhal kamu meyakini makbulNya. Ketahuilah bahawasanya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai".

Oleh kerana tidak yakin, kita jadi malas untuk berdoa dan akan mempertikaikan ketentuan Allah...

فَاسْتَجَابَ لَهٗ رَبُّهٗ فَصَرَفَ عَنْهُ  كَيْدَهُنَّ  ؕ  اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

"Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Yusuf: 34)

Justeru, berdoalah, yakinlah dan bertawakkallah...

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2