Kalaulah kenal Tuhan
*Kalaulah Kenal Tuhan*
Kalaulah orang kenal Tuhan.
Kalaulah orang kenal peranan Tuhan.
Jika orang tahulah Tuhan diperlukan.
Kalau orang fahamlah kasih sayang Tuhan.
Manusia sanggup berjuang keranaNya.
Manusia sanggup berkorban kerana Tuhan.
Manusia sanggup menderita keranaNya.
Mereka sanggup gadai nyawa kerana Tuhan.
Kalaulah manusia tahu Tuhan adalah segala-galanya.
Manusia sanggup terima ujian keranaNya.
Sanggup buat apa saja keranaNya.
Manusia sanggup jadi apa sahaja kerana Tuhan.
Kalaulah manusia faham Tuhan itu siapa sebenarnya.
Dia adalah pengurus seluruh keperluan kita.
Sudah tentu manusia jatuh cinta.
Manusia akan hidup mati keranaNya.
Cintailah Tuhan.
Dia adalah segalanya.
Korbankanlah apa sahaja keranaNya.
Cintakan Tuhan cinta yang paling mahal.
Cintakan selain Tuhan cinta murahan.
Comments
Post a Comment