Hati yang sombong
بِسْـــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِـــيْمِ
🌈S ❍ M B ❍ И G 🌈🌹
“Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Bila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih.”
[ Imam Al Ghazali ]
Sombong adalah penyakit hati yg mana akan menjerumuskan pelakunya ke neraka.
Tidak akan masuk syurga barang siapa ada sifat sombong dalam hatinya, walaupun seberat zarah.
Merendahkan orang lain itu sombong.
Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.
Menunjuk2 kelebihan itu sombong.
Berlumba2 menunjuk kan kekayaan pun sombong.
Memperbodohkan org lain itu sombong.
Sentiasa nak menang itu juga sombong.
Mementingkan diri sendiri itu sombong.
Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong.
Bersangka buruk itu sombong.
Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong.
Merasa diri hebat itu sombong..
Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.
Tidak boleh di tegur itu sombong.
SOMBONG ITU ADALAH SATU SIKAP YG SANGAT TERCELA,
DAN AKAN MEMUSNAHKAN SEMUA AMAL KEBAIKAN!
SEMOGA ALLAH SWT AKAN MEMELIHARA KITA DARI MEMAKAI SIFAT2 TERCELA INI.✅
Comments
Post a Comment