Amalkan sunnah
*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ*
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
*HADITH: PARA MALAIKAT ALLAH BEREBUT UNTUK MENULISNYA.*
Daripada Saidina Rifa'ah bin Rafi' Az-Zuraqi رضي الله عنه berkata:
"Pada suatu hari kami solat di belakang Nabi ﷺ. Ketika mengangkat kepalanya dari rukuk, Baginda menyebut :
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
(Semoga Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya).
Kemudian ada seorang lelaki yang berada di belakang Baginda membaca :
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ،
حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيه.
(Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh keberkatan).
Apabila selesai solat, Baginda bertanya:
*"Siapakah yang membaca kalimat tadi?"*
Lelaki itu menjawab : "Saya."
Baginda bersabda:
*"Aku telah melihat lebih daripada tiga puluh para Malaikat berebut siapa di antara mereka yang terlebih dahulu menulis kalimat tersebut."*
Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari (757) رحمه الله تعالى.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
1) Ayuh pertingkatkan kualiti solat dengan tambahan doa dan zikir yang sahih di dalam solat seperti yang diamalkan oleh para sahabat Rasulullah رضي الله عنهم.
2) Istiqamahlah beramal dengan tambahan doa dan zikir ketika I'tidal ini setiap kali mendirikan solat.
3) Ajarkanlah kepada isteri/suami dan anak-anak serta sebarkanlah amalan sunnah Rasulullah ﷺ ini.
BACA, AMAL DAN SEBARKAN.
Semoga tersebar kebaikan dan semakin ramai yang beramal dengan amalan Rasulullah ﷺ yang semakin dilupakan.
~SALAM DHUHA🕌🕌
Comments
Post a Comment