Doa - kurniakan rahmatMu

Al fatihah..

*Kurniakanlah RahmatMu Tuhan*

Ya Allah ya Tuhanku..
Neraka-Mu amat dahsyat, lindungilah aku daripadanya.
Aku tidak mampu menghadapi Neraka-Mu itu.
Azab Mahsyar juga hebat, lindungilah aku di hari tidak ada perlindungan melainkan perlindungan-Mu.
Seksa kubur juga dahsyat, aku berlindung dengan-Mu dari azabnya.
Mati juga satu penderitaan, ringankanlah aku menempuhnya.
Ya Allah ya Tuhanku! Atas dasar ibadah dan kebaikanku,
tidak mungkin aku boleh menolaknya.
Aku lemah, ibadahku tidak sempurna, kebaikanku tidak sampai ke mana.
Kecuali dengan rahmat-Mu.
Rahmat-Mu luas berilah aku, di saat aku berhadapan dengan ketakutan-ketakutan tadi dengan semata-mata amal ibadahku.
Ia tidak sempurna, kebaikanku juga tidak memada.
Di waktu aku berhadapan dengan suasana yang dahsyat itu,
iringilah aku dengan rahmat-Mu.
Dengan rahmat-Mu sahaja aku boleh selamat dunia Akhirat.
Ya Allah ya Tuhanku, dengan berkat Nabi-Mu, selamatkan aku.
Aku adalah hamba-Mu, kasihanilah aku.
Kalau Engkau biarkan aku, aku ini bukankah hamba-Mu juga.
Jika Engkau selamatkan aku dengan rahmat-Mu, kebesaran-Mu tidak ada kurangnya.
Engkau tetap dengan kebesaran-Mu dan kesempurnaan-Mu.
Tuhan! Itulah harapanku pada-Mu.
Dengarlah permintaanku ini.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2