Penghapus dosa
Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu Majah)
*PEDOMAN*
Banyak langkah menuju ke masjid untuk berjamaah menghapuskan dosa dan meninggikan darjat.
Nabi SAW bersabda:
ﺃَﻻَ ﺃَﺩُﻟُّﻜُﻢْ ﻋَﻠَﻰ ﻣَﺎ ﻳَﻤْﺤُﻮ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺑِﻪِ ﺍﻟْﺨَﻄَﺎﻳَﺎ ﻭَﻳَﺮْﻓَﻊُ ﺑِﻪِ ﺍﻟﺪَّﺭَﺟَﺎﺕِ . ﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ . ﻗَﺎﻝَ ﺇِﺳْﺒَﺎﻍُ ﺍﻟْﻮُﺿُﻮﺀِ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻤَﻜَﺎﺭِﻩِ ﻭَﻛَﺜْﺮَﺓُ ﺍﻟْﺨُﻄَﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟْﻤَﺴَﺎﺟِﺪِ ﻭَﺍﻧْﺘِﻈَﺎﺭُ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓِ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓِ ﻓَﺬَﻟِﻜُﻢُ ﺍﻟﺮِّﺑَﺎﻁ
Ertinya:
_“Mahukah aku beritahu kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, “Ya, wahai Rasulullah”. Sabda baginda, “Banyak langkah ke masjid dan menunggu satu solat selepas satu solat. Itu adalah ikatan”._
*_(Riwayat Muslim)_*
Ini menerangkan akan kelebihan banyak langkah ke masjid dan kelebihan menunggu satu solat setelah menunaikan satu solat serta sekali gus menunjukkan kelebihan solat berjamaah.
Comments
Post a Comment