Periksa tahap kesihatan kerohanian
♥ *Sebuah mesej buat perkongsian dan renung renungan bersama ...*
*Assalamualaikum*
*Selamat bertugas*
Hari ini untuk pertama kalinya aku pergi ke klinik untuk melakukan medical check up "kerohanian". Ternyata aku mengidap beberapa jenis penyakit yang serius..
Berikut ialah keputusan check up nya:
Ketika tekanan darah diukur, ternyata aku memiliki kelembutan hati yang rendah.
Ketika suhu tubuh diukur, termometernya menunjukkan darjah kegelisahan aku hampir mencapai 40 celsius.
Ketika jantung ku diperiksa, ternyata saluran arterinya tersumbat oleh berbagai kekecewaan, kesedihan, kesepian, kemarahan dan dendam.
Aku juga diberitahu bahawa tulang-tulang banyak yang retak kerana tersandung oleh rasa cemburu dan iri. Ini menyebabkan aku tidak dapat berjalan di sisi saudara saudaraku dengan rasa selesa dan juga tidak dapat memeluk mereka.
Ketika aku memeriksa mataku yang semakin terganggu, diketahui penyebabnya ialah kerana aku hanya melihat kekurangan kekurangan orang di sekitarku sehingga kemampuan mata untuk melihat hal hal yang lebih indah dan baik mulai tertutup.
Ketika aku mengeluh mengenai pendengaran yang semakin berkurangan, doktor menyarankan agar aku berlatih mendengar kalam Allah SWT dan sesama manusia setiap hari, agar pendengaranku kembali menjadi sensitif.
Ketika aku menyebut dadaku sentiasa berdebar yang tidak teratur, doktor menyatakan dalaman dadaku kosong dari mengingati Allah serta dalamnya penuh dengan kolestrol tidak syukur, ego dan buruk sangka.
Setelah menjalani semua pemeriksaan itu, aku mendapatkan saranan untuk mengubati semua penyakit tersebut.
Doktor memintaku untuk mengambil:
Segelas penuh rasa *SYUKUR.*
Sesenduk rasa *KEDAMAIAN.*
Satu pil *KESABARAN.*
Satu cangkir rasa *PERSAUDARAAN.*
Satu piring *KERENDAHAN HATI.*
Satu dos rasa *CINTA.*
Setiap malam sebelum tidur aku harus meminum satu tablet *SUARA HATI* yang jernih, satu pil *ANTI KEPUTUSASAAN* kerana peristiwa peristiwa yang aku alami sepanjang hari dan tidur berselimutkan *DOA serta HARAPAN.*
Sahabat sahabatku sekelian tolong doakanku cepat sembuh yer.. Kalau ada kesempatan boleh sahabatku semua yang membaca mesej ini pergi melakukan pemeriksaan yang sama di "klinik kerohanian" lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan kelak.
Semoga kita semua akan menjadi lebih sihat selepas ini.
*Allahummaghfirli ya Ghafur*♥
Comments
Post a Comment