Rawat dengan al Quran

CARA MERAWAT PENYAKIT JANTUNG MELALUI AL-QURAN:
Cara Pengamalan

1.   Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh:  'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'

2.  Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka

3.  Selepas itu baca al-Fatihah (sekali)

4.  Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (tiga kali).

5.  Selepas itu baca Surah al-Falaq (sekali), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali)

6.  Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (tujuh kali) iaitu seperti berikut:-

لَوۡ اَنۡزَلۡنَا هٰذَا الۡقُرۡاٰنَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَاَيۡتَهٗ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنۡ خَشۡيَةِ اللّٰهِ‌ؕ وَتِلۡكَ الۡاَمۡثَالُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُوۡنَ‏

هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ ۚ عٰلِمُ الۡغَيۡبِ وَالشَّهَادَةِ‌ ۚ هُوَ الرَّحۡمٰنُ الرَّحِيۡمُ‏ ﴿۲۲

هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ۚ اَلۡمَلِكُ الۡقُدُّوۡسُ السَّلٰمُ الۡمُؤۡمِنُ الۡمُهَيۡمِنُ الۡعَزِيۡزُ الۡجَـبَّارُ الۡمُتَكَبِّرُ‌ؕ سُبۡحٰنَ اللّٰهِ عَمَّا يُشۡرِكُوۡنَ‏ ﴿۲۳

هُوَ اللّٰهُ الۡخَـالِـقُ الۡبَارِئُ الۡمُصَوِّرُ‌ لَـهُ الۡاَسۡمَآءُ الۡحُسۡنٰى‌ؕ يُسَبِّحُ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ‌ۚ وَهُوَ الۡعَزِيۡزُ الۡحَكِيۡمُ.

(Sila rujuk ayat dalam kitab al-Quran yang sebenar)

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (ayat 21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (ayat 22)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (ayat 23)

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (ayat 24) .

Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung.

7.   Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 kali baca

8.  Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2