Tanda-tanda anda hamba dunia
27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
1.๐ณAnda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.
2.๐ณAnda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.
3.๐ณAnda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.
4.๐ณ Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.
5.๐ณAnda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. โAku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.โ
6.๐ณAnda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.
7.๐ณAnda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah
8.๐ณAnda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.
9.๐ณAnda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.
10.๐ณ Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.
11.๐ณ Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.
12.๐ณAnda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.
13.๐ณAnda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya
14.๐ณAnda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.
15.๐ณAnda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.
16.๐ณ Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya
17. ๐ณAnda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.
18. ๐ณAnda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.
19. ๐ณAnda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berfoya-foya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.
20. ๐ณAnda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.
21.๐ณ Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya
22. ๐ณAnda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda.
23. ๐ณAnda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.
24.๐ณ Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.
25. ๐ณAnda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.
26. ๐ณAnda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.
27.๐ณ Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.
#Astaghfirullahalazim
#MimieAzlynah
Comments
Post a Comment