Forensik Insan - Empat personaliti induk

 Ketika seorang bayi dilahirkan, bayi itu sudah disediakan dengan potensi, bakat untuknya melayari kehidupan. Inilah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah, membekalkan setiap diri dengan kekuatan dan kekurangan masing-masing.


Dalam kepelbagaian itu, ilmu Forensik Insan (FI) mengkategorikan empat jenis WATAK manusia:


1. orang mata (M)  - seorang yang senang mempamirkan perasaan (expressive), bersemangat, cepat bertindak, entusiastik, reaksi spontan, topik perbincangannya cepat berpindah-pindah.


Ciri Terperinci Orang Mata


2. orang akal (A)  - seorang yang mempunyai arah dan tujuan, sentiasa berfikir, logikal, tidak bermain dengan perasaan, berfikiran ke hadapan.


Ciri Terperinci Orang Akal


3. orang telinga (T) - seorang yang teliti, terperinci, cerewet, sentiasa berfikir untuk masa sekarang, lambat membuat keputusan.


Ciri Terperinci Orang Telinga


4. orang hati (H)- seorang yang penuh empati, suka memikirkan tentang perasaan orang lain, perkaitan antara pengalaman sendiri dengan orang lain.


Ciri Terperinci Orang Hati


Setiap orang pasti ada satu watak primer dan sekunder yang mempengaruhi personaliti seseorang itu.


Secara amnya,

1. tidak ada watak manusia yang terbaik. tidak ada yang sempurna selain Allah.

2. setiap watak ada potensi (kekuatan dan kekurangan) masing-masing.

3. usahakan untuk meningkatkan kekuatan diri.

4. gabungkan kelemahan kita dgn kekuatan orang lain.


Ilmu FI ini membantu kita untuk:

1.  mengenal watak/personaliti manusia bermula dengan diri sendiri. 


2. mengenal watak/personaliti orang-orang di sekeliling kita.


3. membangunkan kekuatan hingga dapat memberi munafaat kepada dunia misi khalifah.


4. memperbaiki kekurangan menjadi kekuatan jika diletakkan/diberi peranan yg betul.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2