Forensik Insan - Orang AKAL

 Secara amnya, orang AKAL mempunyai arah dan tujuan, sentiasa berfikir secara sistematik, logikal, dan terhadapan. Dia kurang memberi keutamaan pada hati dan perasaan.  Reaksi wajahnya hampir tiada dan dia lebih senang buat hal sendiri.



Orientasi masa:

Masa hadapan bermakna dia suka memikirkan dan merancang untuk masa hadapan.


Cara orang AKAL memproses maklumat:

Dia melihat maklumat dengan tujuan tertentu dan mencari logiknya. 


Cara orang AKAL bertindak:

Dia bertindak setelah berfikir dan tahu arah tujuannya. Tindakannya terarah dan fokus kepada apa yang hendak dicapainya.

Kalau dia membeli barang, dia akan bertanya macam-macam soalan spt.

Kenapa beli?

Perlu ke tak?

Praktikal ke tak?

Sesuai untuk rumah kita ke tak?

Mahal ke tak?


Adakalanya dia kelihatan takut bertindak kerana dia tak nampak tujuan.

Kalau dia menghadapi kesukaran atau kegagalan dalam sesuatu usahanya, dia akan mencari punca dan mengubah tindakannya.


Cara pemahaman:

Bertindak setelah dapat maklumat yang diperlukan. Dia sedia untuk mengikut turutan/prosedur logik akalnya. 


Kekuatannya:

Fikir dulu sebelum buat.

Bijak merancang masa depan.

Bercita-cita tinggi.

Fokus dalam sesuatu pekerjaan.


Kelemahannya:

Tidak "expressive"/sembunyikan perasaannya.

Tidak mementingkan hati dan perasaan.

Tidak sensitif, kasar, hati kering.

Cara "straight to the point".


Bagaimana untuk berinteraksi/bergaul dgn orang AKAL?


Dia seorang yang tegas dan berprinsip.

Anda harus tahu mencari topik perbincangan yang sesuai dengan minatnya. Kalau tidak, suasana akan menjadi senyap sunyi.

Dia bercakap berdasarkan fakta, tak pandai menggunakan bahasa yang berbunga mahupun berlapik. Dia mungkin menggunakan perkataan yang kasar dalam perbualan, tetapi jangan ambil hati. 


Oleh kerana sifatnya yang "object-oriented", dia bertindak setelah berbincang. Anda harus berikan masa dan ruang untuk dia mendapatkan maklumat-maklumat yang dia perlukan sebelum bertindak.


Komunikasi akan terganggu bila:

Orang lain bercakap menyalahi logik akalnya.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2