Forensik Insan - Orang HATI

Secara amnya, orang HATI mementingkan orang lain melebihi dirinya sendiri. Dia penuh empati, suka memikirkan tentang perasaan orang lain, perkaitan antara pengalaman sendiri dengan orang lain.



Orientasi masa:

Masa lalu/lepas bermakna dia suka mengimbau kenangan lalu. Dia juga  mudah mengambil pengajaran dari pengalamannya sendiri, termasuk juga pengalaman orang-orang yang dikenalinya.


Cara orang HATI memproses maklumat:

Dia melihat maklumat saling kait mengait antara maklumat yang lain.


Cara orang HATI bertindak:

Dia bertindak mengikut naluri/perasaannya.


Dia amat mudah tersentuh, cepat kasihan kepada sesiapa saja yang meraih simpati.


Kalau dia menghadapi kesukaran atau kegagalan dalam sesuatu usahanya, dia cepat buntu dan sukar untuk meneruskan kehidupan.


Cara pemahaman:

Dia perlu memahami orang lain dulu.


Kekuatannya:

Peramah, lemah lembut, senang berkawan.

Buat sesuatu dengan penuh kasih sayang.

Bertimbangrasa. Memahami dengan rasa.

Bersemangat pasukan yang bagus.


Kelemahannya:

Terlalu mengikut perasaan.

Mudah silap faham sebab mencampur-adukkan urusan peribadi dan kerja.


Bagaimana untuk berinteraksi/bergaul dgn orang HATI?


Dia seorang yang mendahulukan orang lain dari dirinya sendiri.


Di dalam perbualan, dia suka bercerita tentang perasaan, pengalaman hidup orang-orang yang dikenalinya. Dia pasti mencari perkaitan antara maklumat yang diproses fikirannya.


Oleh kerana sifatnya yang "people-oriented", dia amat mudah berkerjasama di dalam pasukan. Susah untuk menolak pelawaan atau berkata tidak.  Anda harus menjaga perasaannya supaya perhubungan kekal harmoni.


Komunikasi akan terganggu bila:

Orang lain tak hiraukan perasaannya.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2