Forensik Insan - Orang MATA

Secara amnya, orang mata adalah seorang yang senang mempamirkan perasaan (expressive), bersemangat, cepat bertindak, entusiastik, reaksi spontan, topik perbincangannya cepat berpindah-pindah.


Orientasi masa:

Masa sekarang bermakna apa-apa yang dilakukan sekarang terutama yang di peringkat umum (the big picture). 


Cara orang MATA memproses maklumat:

Dia melihat maklumat merata-rata, tidak tersusun dan tidak bersambung.


Cara orang MATA bertindak:

Terus buat dulu kemudian baru cuba fahamkan. Kalau membeli barang, dia akan beli dulu sebelum memikirkan keperluan membeli itu sendiri.


Adakalanya dia kelihatan terburu-buru untuk siapkan sesuatu sehingga hasilnya kurang memuaskan.

Walau bagaimanapun, kalau dia menghadapi kesukaran atau kegagalan dalam sesuatu usahanya, dia cepat bangkit dan memulakan sesuatu yang baru pula.


Cara pemahaman:

Bertindak walaupun dengan maklumat yang sedikit. Selepas tindakan, dia perlukan maklumbalas atas apa tindakannya itu untuk dianalisa.


Kekuatannya:

Senang sesuaikan diri dengan seseorang atau keadaan.

Tindakbalas cepat dan spontan.

Bersemangat, energetik.

Cepat "move on". Redah aje.

Tak mudah putus asa, teruskan mencuba hingga berjaya.


Kelemahannya:

Nampak kelam kabut atau terburu-buru.

Lompat kerja.

Kerja separuh jalan.


Bagaimana untuk berinteraksi/bergaul dgn orang MATA?

Tidak payah untuk berkawan dengan orang MATA ini.

Dia seorang yang peramah, sentiasa mempamirkan perasaan dan spontan dalam tindakannya. Dia ada banyak topik perbincangan, namun kadang-kadang mungkin topik-topiknya tidak berkaitan.


Oleh kerana sifatnya yang "action-oriented", dia suka dan mahu bertindak cepat dan pantas. Anda harus tingkatkan kadar kecepatan anda supaya boleh saling bekerjasama dengan orang MATA. 


Komunikasi akan terganggu bila:

Orang lain dilihat lambat.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2