Lahirnya seorang manusia

 Secara ringkasnya, komposisi seorang manusia adalah:

1. Ruh yang sifatnya ghaib dan kekal.

2. Jasad yang sifatnya nyata dan sementara.


Jasad diumpamakan sebuah kenderaan yang menempatkan ruh untuk membentuk seorang manusia. Kenderaan inilah yang digunakan dalam melayari kehidupan di dunia ini.


Apabila sudah tergabung kedua-dua ruh dan jasad ini, terlahirlah seorang manusia yang sempurna. Sudah disediakan untuk meneruskan perjuangan di dunia.





Ada 4 UNSUR yang membentuk seorang manusia/insan:


1. QALB (kalbu) - hati yang menempatkan kebaikan dan kejahatan. Hati juga biasanya dikaitkan dengan perasaan (emosi).


2. RUH - sejenis cahaya yang suci, bersifat ketuhanan. Menjurus kepada kebaikan.


3. NAFS (nafsu) - bersifat kehaiwanan dan kesyaitanan. Menjurus kepada keburukan dan kejahatan.


4. AQL (akal) - unsur ini yang membezakan manusia dengan haiwan.


Setelah digabungkan UNSUR-UNSUR ini, outputnya adalah seorang manusia dibekalkan dengan potensi tersendiri. 


Potensi-potensi di dalam diri ini akan berkembang (dan juga boleh juga terbantut) disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

- perwatakan (in-born, genetik), 

- corak didikan sejak lahir, 

- persekitaran fizikal dan 

- sosio-budaya setempat. 


Di sinilah pentingnya ilmu Forensik Insan ini, supaya seorang anak kecil itu dapat dibangunkan modal insannya sehingga menjadi khalifah di bumi ini.


Matlamat kita seiring dengan intipati hadis Nabi yang berbunyi :


"Sebaik2 manusia adalah yang banyak memberi munafaat kepada yang lain."


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2