Cukuplah dengan Allah redho
Kita tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik
Dan tidak perlu memuji muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia
Andai kamu lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
Itulah hakikat manusia!
Tetapi andainya kamu lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan
Allah akan ampunkan semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu
Itulah Dia Tuhanku!
Comments
Post a Comment