Hamba Allah dengan kesedaran
"Telah dekat saat kematianmu, maka selesaikan hatimu daripada sesuatu selain Allah, dunia dan akhirat bukan tujuan perjalananmu menuju Tuhan, kerana kesudahan yg dituntut adalah Tuhanmu, hidup bersama Allah"
"Ketenangan yg hakiki itu apabila engkau kembali menyerahkan dirimu kepada Tuhanmu dan meridhai segala kehendakNya"
"Sanad yg sebenar ialah Wusul kepada Allah dan bertalaqqi tauhid dengan Allah tanpa orang tengah"
"Keberhasilan itu bilamana engkau menyakini bahawa Allah yg berkehendak bukan engkau yg berkehendak"
"Yakinlah ketika engkau mencintai Allah, sesungguhnya Allah mencintaimu, kerana cinta itu bersumber dari cintaNya"
"Sesungguhnya Dia Maha ghaib didalam keghaiban yg mutlak, Maha sendiri, ketunggalan dan Maha hidup tiada disentuhi oleh kematian, Dia nyata dimana-mana, dilangit dan dibumi, diduniawi dan diukhrawi, dan Keagungan Dzat mutlakNya tidak tercapai oleh siapa-siapa atau bila-bila masa pun, Dia Maha Suci lagi Maha Tinggi"
"Amalan hati yg paling berharga ialah melihat Allah pelaku segala sesuatu"
"Hati yg tiada selain Allah adalah tempat tersimpannya rahsia-rahsia tauhid"
"Menyerahkan diri dibolak-balik dalam Kehendak Tuhanmu"
"Allah memberi rahmat kepada sesiapa yg dikehendakiNya, Dia bebas mutlak, tiada siapa yg dapat campur-tangan dalam KehendakNya walaupun Malaikat atau Nabi, tiada lagi orang tengah antaranya dengan Allah, dan semoga Allah melapangkan hatimu dan aku dengan rahsia tauhidNya"
"Syirik itu selagi engkau melihat Wujud yg lain selain Allah!"
"Carilah mati sebelum mati, nescaya engkau akan hidup selama-lamanya"
"Ya Allah! Engkau berbuatlah apa yg Engkau kehendaki, aku hanyalah hambaMu dan Engkau Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau"
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami Nur KekasihMu S.A.W dan sempurnakanlah ubudiyah(kehambaan)kami kepadaMu"
"Ingatlah! Sesungguhnya kesempitan dan kelapangan itu adalah dua bentuk ujianKU yg berbeza, dan dengannya AKU menguji hamba-hambaKU, apakah ia bersyukur atau kufur!"
- BUTA SELAIN ALLAH
Comments
Post a Comment