Sucikan dirimu
"Tetaplah berjalan diatas jalan Syariat Muhammadiyah, dan bergantunglah hanya kepada Allah"
"Aku bersama dengan sesuatu tetapi sesuatu tiada bersamaku, aku berada disisi Tuhan yg Maha Esa dan Maha Kuasa"
"Berpalinglah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah, dan kuatkanlah perhubunganmu denganNya sehingga engkau rasai tiada lagi kekuasaan selainNya"
"Carilah Tuhanmu didalam tiada termakbulnya doamu, maka disitulah engkau akan menemui kesempurnaan pengenalanmu kepadaNya"
"Sucikanlah akalmu daripada segala sesuatu selain Allah, nescaya engkau akan dijemput kepada Sidratul-Muntaha Tuhanmu untuk memandang dan berbicara denganNya"
"Diamlah dalam aturan Allah, kerana aturanNya itu baik untukmu"
"Ramai yg menuntut doa untuk bahagian nafsunya, maka menjadi hijab dalam cintaNya"
"Cucilah hatimu dengan air ketiadaan diri, kerana ia adalah tempat melihat Wajah Allah"
"Putuskanlah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah, nescaya engkau ahli tauhid yg hakiki"
"Ahli Makrifatullah yg sebenar tetap teguh memandang Allah, tiada dipandangnya hal-ehwal dunia atau akhirat"
"Didalam setiap ujian Allah kembalilah hatimu kepadaNya, makhluk hanyalah tanda dan bukti KekuasaanNya, dan kehidupan sebenarnya adalah bersama Allah"
"Kembalilah kepada Tuhanmu, walaupun seribu kali engkau terhijab daripada memandangNya"
"Berhadaplah, takut dan harap dan berbaik-sangkalah kepada Allah dengan tunduk-patuh dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada belas-kasih Allah, dan Dia memilih sesiapa yg dikehendakiNya kepada jalanNya yg benar(lurus)"
"Sesiapa pun layak berkunjung kerumah Allah(Baitullah) untuk bertaubat, tetapi bukan untuk berbangga-bangga!"
"Berulang-alik kerumah orang-orang yg susah dengan hartamu itu adalah terlebih baik daripada engkau berulang-alik kerumah Allah(Baitullah)"
"Tidur orang yg ahli tauhid itu terlebih baik daripada amal orang yg ahli lalai"
"Rohnya bersama Allah, bahkan apa yg dipandang, yg didengar dan yg dirasai oleh hatinya hanyalah Allah"
"Alamat dikabulkan amalmu, bahawa engkau merasakan kecukupan hanya dengan Allah"
"Kejahatan saudara-saudara Yusuf adalah suatu kebaikan kepada Yusuf dalam Ilmu Allah, bukan dalam ilmu manusia!"
"Matikan dirimu sebelum engkau dimatikan!"
"Aku tidak memerlukan iktiraf dari sesiapa pun, cukuplah Allah bagiku"
"Aku hanyalah sebatang pena, Dialah yg mencoretkan segala ilmuNya yg telah terdahulu diazali"
"Barangsiapa yg ridha kepadaKU, maka AKU ridha kepadanya"
- BUTA SELAIN ALLAH
Comments
Post a Comment