Pengenalan - Forensik Insan (FI)

Gabungan ilmu psikologi Barat dan Imam Al Ghazali yang digarap oleh Ustaz Amin menjadi satu modul yang boleh digunakan dalam  kehidupan, tidak kira di dalam keluarga, di kalangan rakan-rakan dan juga dalam sesebuah organisasi / syarikat tempat bekerja.


Ustaz Amin berpengalaman luas dalam bidang syariah, saya kenali melalui blog "universiti kehidupan"nya, selalu menjadi tetamu tetap di "Pesona D Zahra"@ikim.fm dan juga seorang penyelam (diver) profesional.


Tercetusnya ilham untuk merangka modul FI ini datang selepas Ustaz Amin terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2018 yang hampir meragut nyawanya. Sudah terbukti juga perlaksanaan modul FI ini di beberapa buah organisasi telah menunjukkan hasil pulangan yang berganda dari sebelum ini.




OBJEKTIF menyelami ilmu ini adalah:


1. pengurusan emosi - mengenali watak manusia dan mengurus emosi sendiri dan juga orang lain.


2. perbaiki hubungan sosial - meningkatkan hubungan sesama manusia.


3. menyelesaikan konflik - memahami perbezaan watak manusia dengan lebih berkesan.


Kepada yang berminat, sila hubungi @forensikinsan


Artikel seterusnya:


Lahirnya Seorang Manusia



Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2