Kematian yang Menghidupkan Jiwa

Saya bersama dengan izin allah dapat menyembahyangkan jenazah abam Bocey. Bersama saya ialah us Haslin Bollywood, Us Fadil Nor, Us Syed Kadir Aljofri, us Syed Norhisham Padang, Imam Muda Asyraf,Pu Amin dan pu Jo dan ramai lagi para ulamak yang turut hadir.

Saya kehairanan memikirkan amalan apakah yang Abam Bocey lakukan dalam hidup nya hingga begini Allah muliakan hari akhirnya. Ribuan manusia termasuk rakan artis yang hadir. Semua berwajah hiba dan simpati dan tidak putus mendoakan.

Jumlah yang hadir lebeh dari seramai solat jumaat.Bahagian dalam,luar,kiri dan kanan masjid penuh sesak.

Saya merenung dan mendapati ada beberapa perkara yang abam Bocey lakukan dalam hidup.
Pertama beliau tidak pernah meninggalkan ibu nya. Menjaga dan mentaati nya.
Kedua beliau sentiasa mendampingi ustaz dan para ulamak.
Ketiga beliau rajin bersedeqah.

Sabda Nabi saw: Ambil lah contoh orang yang telah mati di kalangan kamu.

Berehatlah abam.kami mendoakan mu
FB Ustaz Salehudin Nasir


****************

Kematian yang Menghidupkan Jiwa

Berita kematian selebriti terkenal tanah air, Abam Bocey atau nama sebenar, Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey masih dikongsi dan disebar oleh netizen di laman media-media sosial masing-masing. Sesungguhnya kematian merupakan sebaik-baik peringatan buat kita yang masih hidup. Kita menyaksikan bagaimana kisah kematian orang lain, lalu mempersiapkan diri cara bagaimana pula cerita kematian kita nanti.

Umum mengetahui sepanjang perjalanan akhir Almarhum bertemu Maha Pencipta, dihadiri oleh ribuan orang termasuk asatizah, rakan media, selebriti dan peminat-peminatnya. Antara kebaikan yang boleh kita semua ambil daripada kisah-kisah yang diceritakan tentang Almarhum Abam ialah sentiasa menjaga hati ibu yang masih hidup, berbuat taat dan berbakti kepadanya, mendekati orang-orang yang berilmu dan menghadiri majlis-majlis ilmu serta banyakkan bersedekah.

Anak seni juga hamba Allah SWT yang berhak mendapat rahmat kasih sayang-Nya. Mereka juga sentiasa berusaha untuk melaksanakan taklifan sebagai hamba Allah SWT dengan cara tersendiri.  Bukan semua artis dan anak seni yang menjadikan hiburan untuk keseronokan dan populariti semata-mata.

Kami merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum terutama ibu, isteri, bayi kecil dan adik yang ditinggalkan. Moga kalian dikurniakan ketabahan dan kesabaran untuk meneruskan kehidupan tanpa insan tersayang.

Di kesempatan ini juga, pihak kami berharap agar seluruh anak seni sentiasa ingat tujuan kita semua dihidupkan yang pada akhirnya kita semua akan kembali kepada-Nya. Jadilah anak seni yang memberikan manfaat utnuk kebaikan dunia dan akhirat, jangan terlalu lalai dan leka dengan keseronokan yang sementara kerana setiap yang kita lakukan ada batasan syariat yang perlu dipatuhi.

Akhirnya, semoga industri seni tanah air terus berkembang maju seiring dengan tuntutan syariat agar suatu hari nanti Malaysia boleh menjadi contoh kepada negara-negara lain dan melahirkan bukan sahaja selebriti, tetapi role model yang baik buat generasi akan datang.

Mardhiah Hayati Zolkeplai
Pengerusi Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi
Dewan Muslimat PAS Malaysia
11 Februari 2020 bersamaan 17 Jamadilakhir 1441

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2