Fokus dalam solat
Susah untuk khusyuk dalam solat ? Iye memang susah sebenarnya. Khusyuk dalam solat tidak akan dapat diperoleh jika ;
1. Pergerakan kita dalam solat terlalu pantas. 5 minit dah selesai solat.
2. Membaca terlalu cepat bacaan dalam solat. Bila baca cepat sangat akan ada perkataan yang tertinggal dan lari maksudnya.
3. Tidak fokus pada perbuatan yang dibuat. Ketika tengah sujud fikiran melayang kepada hal-hal dunia.
4. Tidak fokus kepada apa yang kita baca. Mulut menyebut perkataan lain ketika solat kerana fikiran tidak fokus kepada bacaan dalam solat. Sebab itu penting menghayati makna bacaan ketika mulut menyebut lafaznya.
5. Bila kita niat nak kena cecepat solat ni memang konfirm kita akan solat macam ayam patuk jagung. Lagi lah kalau tengah tayangkan drama kesukaan kita kat TV3. Konfirm solatnya ke laut dan masih terbayang-bayang keseronokan drama tadi.
Rasulullah SAW selalu ingatkan kita untuk tertib dalam solat dengan sabdanya;
" Jika engkau berdiri untuk laksanakan solat, maka bertakbirlah. Kemudian baca al-Fatihah dan surah dalam al-Quran yang engkau rasa paling mudah. Lalu rukuk lah dengan tenang ( thoma'ninah ) lalu bangunlah hingga engkau berdiri tegak. Selepas itu sujudlah dengan tenang kemudian bangun dan duduklah dengan tenang. Lakukanlah seperti itu setiap kalu engkau solat ".
*****
Hadirkan hati dan jiwa ketika solat, dan berehat-rehatlah ketika solat iaitu bertenang-tenang. Moga solat kita yang terakhir malam ini diterima Allah dan dapat mencegah kemungkaran. Aamiin.
Comments
Post a Comment