Forensik Insan - Orang TELINGA
Secara amnya, orang TELINGA adalah seorang yang teliti, mencari kesempurnaan dan mengambil masa yang panjang dalam membuat keputusan.
Orientasi masa:
Masa sekarang bermakna apa-apa yang dilakukan sekarang termasuk sekecil-kecil perkara.
Cara orang TELINGA memproses maklumat:
Dia melihat maklumat tersusun, teratur dan sistematik.
Cara orang TELINGA bertindak:
Dia bertindak setelah mendapat maklumat terperinci. Dia sangat berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan.
Kalau dia membeli barang, dia sanggup membandingkan harga barangan di beberapa buah kedai.
Cantik tak?
Sesuai tak?
Kemas tak?
Adakalanya dia kelihatan terlalu lambat bertindak kerana dia mahu lebih banyak maklumat.
Kalau dia menghadapi kesukaran atau kegagalan dalam sesuatu usahanya, dia akan bermula semula mengikut proses yang teratur.
Cara pemahaman:
Bertindak setelah dapat banyak maklumat yang diperlukan. Dia perlukan maklumat untuk sekecil-kecil perkara.
Kekuatannya:
Kemas, teratur dan tersusun.
Sistematik.
Sangat berhati-hati.
Kelemahannya:
Cerewet. Terlalu memperhalusi setiap perkara.
Perlu sempurna serba serbi, "perfectionist".
Terlalu lambat bertindak.
Bagaimana untuk berinteraksi/bergaul dgn orang TELINGA?
Dia seorang yang mementingkan ketelitian dan kesempurnaan.
Di dalam perbualan, dia bertanya sekecil-kecil perkara yang mungkin terlalu peribadi, atau yang anda rasa tak penting.
Oleh kerana sifatnya yang "info-oriented", dia bertindak setelah mengumpul sebanyak-banyak maklumat. Anda harus berikan masa dan ruang untuk dia mendapatkan maklumat yang dia perlukan.
Komunikasi akan terganggu bila:
Orang lain mahu cepat-cepat.
Comments
Post a Comment