Doa dilindungi

Ini antara doa yang saya suka ulang² walaupun diluar solat. Bila tiba pada perkataan wajburni, sebak sangat rasanya, kerana Maha Baik Allah ya Barr yang sentiasa menutupi aib diri 😢

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّي

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, kasihanilah aku, dan tutuplah aibku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berikan  kesihatan padaku, serta berilah kemaafan  kepadaku (atas dosa-dosa).”

Terima kasih ya Allah, kerana menetapkan kami untuk membaca doa ini setiap kali solat. Doa yang memenuhi segala yang kita perlukan dalam hidup. Rugi sangat bila kita tak faham apa yang kita minta selama ini dalam duduk antara dua sujud ini. 

Hafal dan fahamilah maksud semua bacaan solat, kita akan rasa nikmat dan manisnya solat, seolah satu ruang waktu untuk kita berdua²an dan mengadu pada Allah, berpisah sekejap dengan Dunia dan bertemu dengan Pemilik Dunia. Allahu Akbar.

Asma' Harun
#SahabatDuniaAkhirat

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2