Posts

Showing posts from November, 2018

Kisah ummu sibyan

🌞 Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah. ............................................................... Siapakah wanita itu? Apa yg dia lakukan di rumah kita ? Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil. Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini. Siapakah Ummu Sibyan? ✏Sekelumit sejarah ✏ ................................................................... 📜 Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya,

Petua keluarga bahagia

⭕ PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA 1 🔴 SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu. 2 🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga. 3 🔴 Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV. 4 🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk. 5 🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari. 6 🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Pe

Jaga lisan

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 *NASIHAT LUKMAN KEPADA AL-HAKIM* “Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam dan banyak manusia karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan layarnya ialah TAWAKAL kepada Allah.........” INGAT.... dunia ni tempat teduhan sementara sahaja untuk kita mengutip PAHALA AMAL yang kita akan bawa ke rumah Akhirat kelak dan waspada serta berhati-hati dalam mengharungi pancaroba dunia agar kita tidak karam membawa dosa ke alam Akhirat yang akan kita sesali nanti.... Buat perkara sesuatu yang benar-benar bermanafaat sahaja dan tinggalkan benda-benda lara tidak berfaedah. Jaga mulut... Jaga hati... Jaga tulisan... Moga bermanafaat..... HNZL

Manusia mana ada kuasa

*Manusia Mana Ada Kuasa* Manusia manalah ada kuasa. Sekalipun yang berkuasa pandai dan kaya. Diri sendiri pun tidak dapat  dikuasai. Betapa pula bukan diri sendiri lagilah tidak ada kuasa. Diri sendiri lemah menguasainya. Kita bawa beberapa contoh yang mana manusia tidak ada kuasa pada diri. Bolehkah dia kontrol dari susah hati yang sering sahaja memberang hatinya? Bolehkah dia sekat sebab-sebab yang menjadikan hatinya menderita? Bolehkah dia wujudkan gembira setiap masa? Mampukah dia menyekat bala bencana yang menimpanya? Seperti miskin, bencana alam, hasad dengki dan orang kata. Bahkan isterinya adakalanya benci dengannya, dia tidak dapat membendungnya. Sekalipun dia raja dan berkuasa. Semua pertanyaan ini semua orang sudah dapat menjawabnya. Sungguh lemah manusia itu walaupun dia raja. Tapi mengapa manusia sombong? Mengapa manusia tidak sedar diri dan mengaku kelemahan? Mengapa manusia sesama manusia hina menghina? Padahal semua mereka adalah hina hakikatnya. Sek

Mengukur kepintaran

*Cara Mengukur Kepintaran Seseorang* Tak perlu bandingkan dirimu dengan orang lain.. Bandingkan kepintaran dirimu dengan ayam jantan yang berkokok di pagi hari.. Lihatlah siapa yang terlebih dahulu bangun untuk mengingat Rabbnya maka itulah yang lebih pintar.. *Cara Untuk Mencintai Allah* Belajarlah mencintai Allah dengan mencintai rumahNya (masjid). Cintailah masjid melebihi cinta kita pada rumah kita sendiri .... ~ _alBakabiMenginsafiDiri_

Pengajaran dari lori sampah

*LORI SAMPAH & GRAB* _Suatu hari, saya menaiki Grab Car untuk ke suatu destinasi. Grab tersebut bergerak di lane paling kanan dan secara tiba-tiba, datang sebuah kereta memotong tanpa signal masuk ke lane kami secara mengejut._ Pemandu Grab tersebut brek dengan mengejut,  dan nyaris-nyaris mahu terlanggar kereta tersebut hanya beberapa inchi. _Pemandu yang memotong tersebut mula mengangkat tangannya menunjukkan *F words* dan menjerit ke arah kami.  Seolah-olah kesalahan itu berpunca dari pemandu Grab tersebut._ Reaksi Pemandu Grab tersebut mengejutkan saya.  Kerana beliau hanya senyum dab angkat tangan tanda meminta maaf kepada pemandu tersebut. _Saya terkesima kerana tanggapan saya pasti beliau akan marah.  Tetapi tidak._ Lalu saya bertanya, "Kenapa U buat macam tu sahaja?  Pemandu tersebut nyaris-nyaris melanggar kereta U dan jika terlanggar tadi,  ke hospital la kita jawab nya" _Dan momen ini lah,  pemandu Grab tersebut mengajar saya tentang satu perkara iaitu &

Kesederhanaan baginda Nabi

*📝KESEDERHANAAN BAGINDA NABI MUHAMMAD Shallallahu 'Alaihi Wasallam* `Tak perlu malu karena miskin,  rumah manusia paling mulia pun seperti ini. Perabot Rumah dan Kesederhanaan Rasulullah Di sebelah timur masjid Nabawi Madinah, tampak sebuah bangunan yang akan membuat kita takjub, terpesona karena kesederhanaannya . Itulah tempat tinggal Rasul Agung Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Rumah itu sangat kecil dengan hamparan tikar usang dan nyaris tanpa perabot. Zaid bin Tsabit bertutur, “Anas bin Malik pelayan Rasulullah pernah memperlihatkan kepadaku tempat minum Rasulullah yang terbuat dari kayu yang keras dan di patri dengan besi. Kemudian Anas berkata kepadaku, ‘Wahai Tsabit, inilah tempat minum Rasulullah. Dengan gelas kayu inilah Rasulullah minum air, perasan kurma, madu dan susu.’” (HR Tirmidzi). Benda lain yang dimiliki Rasulullah adalah baju besi yang biasa dipakai saat berperang. Tetapi tak lama setelah beliau wafat baju besi itu digadaikan kepada seorang Yahud

Menjadi wanita cantik

*PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK* . 1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh. . 2. Sebaik bangun tidur, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut . 3.Setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut. . 4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar. . 5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan . "Ya Allah perindahka

Keturunan yang solat

Allah SWT berfirman: رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْ   ۖ    رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ robbij'alnii muqiimash-sholaati wa min zurriyyatii robbanaa wa taqobbal du'aaa "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan sholat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku." (QS. Ibrahim 14: Ayat 40) رَبَّنَا اغْفِرْ لِيْ وَلـِوَالِدَيَّ  وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ robbanaghfir lii wa liwaalidayya wa lil-muminiina yauma yaquumul-hisaab "Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu-bapakku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari Kiamat)." (QS. Ibrahim 14: Ayat 41)

What is your big WHY

Find Your “Big Why” ✅ Finding out what you were born to do has to be one of the greatest feelings in the world. ✅ Who will cry when you die? ✅ Is your life significant to others? ✅ What is the purpose of life and reason of our existence?

Doa hari Rabu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Doa Hari Rabu ُِ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. Ya  Allah.. Jika hari ini ada di antara kami.. yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya ya Allah... Berikanlah kesembuhan untuknya.. Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.. Ya Allah.. Jika hari ini ada di antara kami, Yang kesulitan rezki, Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah.. Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.. Ya Allah.. Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu... Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar.. Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..

Hebatnya makhluk malaikat

Wahai anakku. Para Malaikat Allah yang sentiasa taat dan patuh melaksanakan apa sahaja yang diperintah oleh Allah. Tidak pernah melanggar perintah Allah, sentiasa patuh kepada apa sahaja yang diperintah. Malaikat Allah dengan pelbagai tugas, Ada yang ditugas menurunkan rezki, mencabut nyawa makhluk, mencatat amalan manusia dan jin, memikul arash. Sebagaimana firman Allah الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peli

Hidup kerana apa

*Hidup tanpa Ujian..* *Kita tak akan kenal erti ketabahan.* *Hidup tanpa Dugaan..* *Kita tak akan kenal erti kesabaran.* *Hidup tanpa Cacian..* *Kita tak akan kenal erti kesungguhan* *Hidup tanpa* *Tohmahan..* *Kita tak akan kenal erti kekuatan..* *Hidup tanpa Akal..* *Ibarat pohon tanpa buah* *Hidup tanpa Iman..* *Ibarat bumi tanpa paksi...* *Hidup tanpa ALLAH…* *Kita memang tidak layak di gelar seorang KHALIFAH…* *Hiduplah kerana ALLAH...bukan kerana manusia.* *Hiduplah dengan Iman...kerana ia jaminan kekuatan dan keselamatan selama di dunia yang hanyalah persinggahan.* *Hari Akhirat jua kita di kekalkan.*

Betulka niat membaca alquran

*NIAT-NIAT KETIKA MEMBACA AL-QUR’AN* Ramai dari kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Qur'an berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Qur'an, yaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Qur'an. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW : "Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan." فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها: Al-Qur'an itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu  adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan. Dari dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan beberapa dari niat-niat ketika membaca Al-Qur'an, antaranya : ١- اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan

Rangkaian selawat

🌷Salam Maulidur Rasul🌷 *SELAWAT MAULIDUR RASUL* ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi ‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu ‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu ‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu ‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu ‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita ‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya ‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat ‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat ‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan ‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya ‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia ‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

Semua manusia akan diuji

*Semua Manusia Tak Dapat Elakkan Diri Dari Diuji* Manusia yang hidup di dunia sekalipun tinggi statusnya tidak dapat elakkan diri dari pada ujian Allah. Raja diuji rakyat diuji. Orang besar diuji, orang kecil diuji. Orang perempuan diuji, orang lelaki diuji. Orang jahat diuji, orang baik-baik diuji. Semua manusia tak dapat elakkan diri mereka diuji. Ujian itu berbagai-bagai pula bentuknya. Miskin, sakit, bencana alam, kejahatan manusia. Merbahaya yang datang daripada haiwan. Bahkan adakalanya bahaya yang datang dari pada makanan. Kadang-kadang perkara yang tidak disangka menjadi ujian kepada manusia. Isteri memudharatkan suami, suami memudharatkan isteri. Anak memudharatkan ibu bapa, ibu bapa memudharatkan anak-anaknya. Adakalanya kenderaan memudharatkan manusia. Bahkan seribu satu macam ujian datang menimpa. Dia datang dengan tidak disangka-sangka. Kalau begitu lebih baik kita diuji dalam mentaati-Nya. Kalau kita derhaka pada-Nya diuji juga. Tapi dalam ketaatan diuj

Pengurusan jenazah

1238) بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم.. اَلْحَمْدُ لِلّٰه ... 🙂 🌸 *PENGURUSAN JENAZAH: “PESAKIT NAZAK MENINGGAL DUNIA”*🌸 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ [Tuan Guru Ustaz Hj Mohd Noor Hj Mohd Saad, Mantan Imam Masjid Mahang, “Kuliah Ilmu Muslimat”, 13 November 2018 / 5 Rabi'ul Awwal 1440H @Masjid الرحمن, Mahang Kulim Kedah ] ✅ Setelah sah pesakit tersebut meninggal dunia dengan tanda² tersebut, orang ramai disitu hendaklah mengucapkan *🔎إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن*. ✅ Jika ada Surah Al-Quran dibaca.. يس, sekiranya baru separuh.. hendaklah diberhentikan bacaan tersebut dan sedekahkan pahala bacaannya pada si mati _“Ya الله.. jadikan pahala bacaan ini kepada sipolan.. sipolan..”_. Tetapi jika hampir habis, teruskan membaca hingga selesai dan sedekahkan bacaan tersebut. ✅ Jika ramai keluarga yg hadir ketika matinya itu, hendaklah dipecah kepada *2 Kumpulan:* 1) _“Kumpulan Utk Menyiapkan Tempat Letak Mayat___🛏”. 2) _“Kumpulan Yg Menguruskan Keadaan Mayat Yg Baru

Makin kita berumur...

Sedikit perkongsian.. 1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat, 2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah, 3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dr tahun yg sebelumnya, 4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jgn tinggal, 5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat, 5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sblm tidur, 6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jgn tinggal. 7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dlm setahun, 8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari. 9. Makin kita berumur, zikir kena banyak, 10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak, 11. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga. Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Kenali kekasihmu

السلام عليكم 💙KENALI KEKASIHMU* Akhlak Nabi Muhammad saw... 1. Baginda selalu diam 2. Berbicara ketika perlu 3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat 4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dgn seseorang 5. Hatinya selalu sedih (iginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt) 6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu' 7. Berfikir terus-menerus 8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya. 9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya. 10. Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn urusan dunia. 11. Marah bukan kerana nafsu. 12. Apabila kebenaran dipermainkan,  Baginda akan bangkit mempertahankannya. 13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka. 14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata. 15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas. 16. Tidak pernah berteriak² di pasar. 17. Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. Malah Ba

Kelebihan maulid Nabi

PENJELASAN TENTANG KELEBIHAN MAULID NABI ﷺ Telah berkata Imam Syihabuddin Ahmad Ibnu Hajar Al-Haitami Asy-Syafi'i رحمة الله تعالى dalam kitabnya bernama : Ni’matul Kubra 'Alal 'Alam Fi Maulidi Saidi Waladi Adam, dalam Bab : Faslun Fii Bayan Fadli Maulid Nabi ﷺ : Telah berkata Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq رضى الله عنه : "Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan bacaan Maulid Nabi ﷺ, maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.” Telah berkata Saiyidina 'Umar Al-Khattab رضى الله عنه : "Sesiapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi ﷺ, maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam." Telah berkata Saiyidina Utsman Ibnu Affan رضى الله عنه : "Sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi ﷺ, maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain." Telah berkata Saiyidina ‘Ali كرم الله وجهه : “Sesiapa yang membesarkan majlis maulid Nabi ﷺ dan kerananya diadakan majlis membaca maulid, maka di

Doa yang cantik

*Doa untuk anggota grup* 1. Ya Allah Jika ada anggota group ini yang sakit, sembuhkanlah dia. آمِيّنْ 2. Ya Allah Jika  ada anggota group ini yang bermasalah, berilah jalan ke luar untuk dia. آمِيّنْ 3. Ya Allah Jika ada anggota group ini yang kesempitan rezeki,  murahkanlah rezekinya. آمِيّنْ 4. Ya Allah Jika ada anggota group ini yang berselisih paham di antara satu sama lain damaikanlah mereka. آمِيّنْ 5. Ya Allah Jika ada anggota group ini yg sesat duniawi, karuniakanlah nur kepada dia. آمِيّنْ 6. Ya Allah Jika ada anggota group ini lalai, karuniakanlah hidayah-Mu kepada dia. آمِيّنْ 7. Ya Allah Jika ada anggota group ini yang bersedih hati, kembalikanlah kecerian di wajahnya. آمِيّنْ 8. Ya Allah Jika ada anggota group ini yang berada di persimpangan jalan yang  berliku, tunjukkanlah jalan yang Engkau ridhoi. آمِيّنْ 9. Ya Allah _Kami mohon kepada-Mu, terimalah doa kami ini آمِيّنْ ●》 Ya Rabbana ... Jadikanlah apa yang kami lakukan hari ini sebagai amal

Biodata Rasulullah

BIODATA RASULULLAH S.A.W Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim. Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah) Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah). USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makka