Hindari orang yang negatif
HINDARI BERKAWAN DENGAN ORANG NEGATIF‼️‼️
Tidak ramai yang tahu bahawa orang negatif ada pelbagai wajah.
1. Manipulator. Selalu merendah-rendahkan orang lain dan menganggap dirinya orang yang paling kaya, hensem, pandai, bahagia etc. Orang lain tidak berhak mendapat semua itu kecuali dia. Dia akan menggunakan kelemahan orang lain agar sentiasa dipandang tinggi.
2. Gossiper. Suka bercakap tentang orang. Dia akan bercakap perkara yang betul (mengumpat) tetapi dari sisi negatif, atau bercakap perkara yang dusta (menfitnah). Hatinya rasa puas bila orang sekeliling memandang buruk dan rendah pada orang yang benci.
3. Blammer. Sering menyalahkan orang lain terutama orang yang dia benci. Dia akan mencari salah walaupun sekecil kuman, dan akan membesarkannya sebesar gunung. Semua orang lain salah kecuali dia.
4. Complainer. Satu lagi ciri negatif iaitu selalu mengadu perkara yang kecil. Suka membandingkan dengan orang atau tempat yang dibanggakan. Orang ini akan compliant sesuatu yang tidak boleh dikawal, seperti hujan lebat, cuaca panas.
Bila kita bersama orang negatif seperti ini, kita akan rasa panas, mahu marah saja. Malaikat rahmat akan lari jauh. Kita tidak tenang dan bahagia. Paling bahaya kalau perangai dia masuk ke dalam diri kita dan kita akan menjadi berperangai sama.
Jangan berfikiran negatif. Maafkan semua orang.
Comments
Post a Comment