Pengurusan jenazah

1238) بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
اَلْحَمْدُ لِلّٰه ... 🙂
🌸 *PENGURUSAN JENAZAH: “PESAKIT NAZAK MENINGGAL DUNIA”*🌸
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[Tuan Guru Ustaz Hj Mohd Noor Hj Mohd Saad, Mantan Imam Masjid Mahang, “Kuliah Ilmu Muslimat”, 13 November 2018 / 5 Rabi'ul Awwal 1440H @Masjid الرحمن, Mahang Kulim Kedah ]

✅ Setelah sah pesakit tersebut meninggal dunia dengan tanda² tersebut, orang ramai disitu hendaklah mengucapkan *🔎إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن*.

✅ Jika ada Surah Al-Quran dibaca.. يس, sekiranya baru separuh.. hendaklah diberhentikan bacaan tersebut dan sedekahkan pahala bacaannya pada si mati _“Ya الله.. jadikan pahala bacaan ini kepada sipolan.. sipolan..”_. Tetapi jika hampir habis, teruskan membaca hingga selesai dan sedekahkan bacaan tersebut.

✅ Jika ramai keluarga yg hadir ketika matinya itu, hendaklah dipecah kepada *2 Kumpulan:*
1) _“Kumpulan Utk Menyiapkan Tempat Letak Mayat___🛏”.
2) _“Kumpulan Yg Menguruskan Keadaan Mayat Yg Baru Mati Itu”._

🔆 #PERTAMA.
*“Kumpulan Utk Menyiapkan Tempat Letak Mayat”.*
====================
1. Sebaik²nya hendaklah disediakan sebuah katil (katil single) @ sebuah tilam shj sekiranya tiada katil.

2. Di atas tilam itu hendaklah dihampar cadar yg baik jika ada.

3. Di atas cadar itu hendaklah dihamparkan sehelai kain pelikat yg agak lusuh(lama).

4. Di atas kain pelikat itu dihampar sehelai plastik, supaya terpelihara sekiranya keluar sesuatu drpd mayat tersebut (klu nak bagi pakai pampers pun boleh).

     *@ nak letakkan cadar dahulu, plastik dan kemudian pelikat pun.. x apa.*

*“Meletakkan Mayat”.*
=================
1. Boleh diletak dgn mengadap kiblat rusuk kanannya kebawah, manakala 2 tangannya dlm keadaan qiam(mcm tgn org berdiri dlm solat) @ terlurus dirusuknya. Jika x boleh demikian, bolehlah diletakkan mayat tersebut dlm keadaan mengadap kiblat juga tetapi rusuk kirinya kebawah manakala 2 tangannya  seperti mula tadi juga.

2. Boleh juga diletakkan dgn keadaan 2 kakinya terhulur ke kiblat👣↗, kepalanya hendaklah ditinggikan sedikit, 2 tangannya boleh dlm keadaan qiam @ dibiar terlurus kanan kiri rusuknya.

3. Tempat meletak mayat itu hendaklah tempat yg mudah org ramai menziarahinya. Jika didlm bilik, hendaklah bilik itu lapang serta udara dpt masuk dan janganlah gelap. Dan jika ditengah dewan, eloklah digantung tirai bagi memisahkan org ramai dgn mayat itu dan mudah org ramai lalu lalang.

🔆 #KEDUA.
*“Kumpulan Yg Menguruskan Keadaan Mayat Yg Baru Mati Itu”.*
====================
1. Hendaklah memeriksa mayat itu kalau² terdpt apa² najis seperti air kecil @ air besar. Jika terdapat salah satu @ keduanya sekali, hendaklah diusung masuk bilik air jika sesuai.. lalu dicuci & dimandikan sementara drpd pinggang hingga kakinya @ klu susah nak angkat & sebagainya, ambil tisu dan buang najisnya.

2. Hendaklah disalin pakaian yg dia mati didlmnya, dilucutkan bajunya & diganti dgn kain pakai yg lain. Seeloknya mayat tidak dipakai baju(pakaian) kpdnya.

3. Kerja² ini hendaklah dilakukan oleh mahram simati yg boleh menyentuh tubuh badan mayat tersebut dan hendaklah dgn keadaan sepenuh cermat dan lemah lembut, jangan kasar²..👈🏻

4. Setelah selesai menyucinya, hendaklah diusung mayat tersebut lalu diletakkan di atas tempat mayat yg tersedia itu, yg mengusung itu hendaklah mengikut jantina. Tetapi jika perempuan x dapat berbuat demikian, sbb berat dan sebagainya.. maka eloklah dilakukan oleh mahram lelakinya pula. Lelaki @ perempuan bukan mahram, tidak boleh menguruskan mayat² (bukan mahram) seperti ini KECUALI terdesak.

*“Meletak Mayat DiTempat Yg Telah Disediakan Oleh Kumpulan Pertama”*
====================
1. Tumpukan kpd keadaan mayat yg diletak melentang kakinya ke kiblat lebih dahulu. Letak mayat yg telah siap dibersihkan itu di atas katil @ tilam dgn kakinya menghala ke kiblat & kepalanya ditinggikan sedikit, dibawah kepalanya hendaklah diletak bantal yg sesuai.

2. Pejamkan matanya sekira matanya masih terbuka, dgn cara mengurutnya drpd pohon mata keekor mata perlahan². Biarkan sekira matanya x dpt dipejamkan.

3. Lembutkan segala sendinya seperti sendi 2 tangan, 2 lutut (guna air suam urut). Mana² yg tidak boleh dilembutkan biarkan.. jgn dipatah²kan💥 @ dikasari.

**Sabda نبي محمد ﷺ yg bermaksud:*
- _“Memecah atau mematahkan anggota simati sama seperti mematahkan dikala hidup”._

4. Jika mayat perempuan, boleh disikat rambutnya dgn sikat yg jarang dan jika terdpt rambut yg gugur hendaklah dimasukkan kedlm sanggulnya dan jangan dibuang, kerana ia adalah dikira sebagai satu anggota bahagian mayat. Dan mayat perempuan boleh dipakaikan skaf(ank tudung/cekuk) dikepala dan di bubuh bedak dimukanya.

5. Kemudian ikat 2 ibu jari kakinya dgn secebis kain yg berukuran lebarnya 3 jari dan boleh juga diikat ketingnya(atas sikit dari tumit) dgn kain tersebut.

6. Kemudian ikat pula kedua lututnya. Ikatan ini bertujuan supaya kedudukkan mayat itu elok tidak bengkang bengkok bagi memudahkan mandi💦 dan mengapan.

7. Kemudian ikat pula dagu kekepalanya dgn kain yg berukuran yg sama (sbb x nak bagi mayat terkeluar lidahnya). Punca ikatan hendaklah di atas kepala mayat. Mayat lelaki boleh dipakaikan ketayap putih(kopiah) dan boleh juga dibalutkan serban dikepalanya.

8. Kemudian ditudung mayat tersebut bermula sebelah(bhgn) kepalanya dgn kain yg jarang, supaya mudah keluar kepanasan badan mayat. Kemudian ditudung pula diatas kain jarang itu(sekerat) dgn kain pelikat drpd hujung kaki hingga ke dagu/dada. Mayat boleh ditudung dgn kain apa saja, asalkan tiada gambar benda² hidup pada kain tersebut.

9. Kemudian sila letakkan di atas perut mayat benda yg sederhana berat seperti gunting, kacip dan sebagainya. Ini bertujuan mengelakkan termasuk angin kedlm perut.

10. Kemudian letakkan bantal dikanan dan kiri mayat supaya kain tudungnya tdk tersingkap oleh angin🌬 dan sebagainya. (Segala kerja penyiapan mayat hendaklah dilakukan dgn penuh cermat dan lemah lembut. Elakkan drpd terlihat byk aurat mayat, lebih² lagi dua kemaluannya).

11. Persiapan dan cara² terhadap mayat yg terlentang itu hendaklah dilakukan sama seperti tersebut juga dlm mayat yg diletakkan cara mengiring kanan @ kiri.

✅ *Membaca Al-Quran Disisi Mayat*, eloknya dibaca Ayat Suci Al-Quran disisi mayat. Kemudian dihadiahkan pahala bacaan itu kpd nya dgn berkata, _“Ya الله Ya Tuhanku, Kau jadikanlah pahala bacaan Ayat² Al-Quran aku ini kpd roh sipolan/polanah (sebut nama)”._ Boleh dibaca dari awal Al-Quran, boleh dibaca (sebut nama). Boleh dibaca dari awal Al-Quran, boleh dibaca surah² tertentu, boleh juga dibaca separuh surah.. asalkan betul dan kena tempat berhentinya.

✅ *Perlu Diingat*, mayat lelaki hendaklah dibaca oleh pembaca lelaki dan mayat perempuan hendaklah dibaca oleh pembaca perempuan pula. Jgn sesekali diicampur lelaki & perempuan dlm satu tempat berdekatan dgn mayat, KECUALI sesama mahram. Sebolehnya perempuan hendaklah merendahkan suaranya dikala membaca Al-Quran___📖 kerana mungkin terdpt lelaki bukan mahram yg masuk melawat mayat tersebut.

✅ Al-Quran yg dibaca, seboleh²nya hendaklah diletak tinggi seperti di atas meja. Elok juga diletakkan bauan seperti memasang cemara kemian supaya sebahagian bilik mayat tersebut sentiasa segar dgn bauan. Para waris simati hendaklah sekali² memeriksa badan mayat, kalau² terdapat serangga seperti semut (semut mayat) mengganggu mayat tersebut.
وَاللَّهُ أَعلَم....

🌀Silakan Share @ C&p..
🌀Moga Bermanfaat..
🌀 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    ❤ اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّد ❤

    Syukran LIKE Page,
                    FB: Catatan Kuliahku

     GROUP WASSAP:
                    FIQH WANITA 1 & 2
                   
    TELEGRAM:https://t.me/joinchat/AAAAAFNm9zZ7oN99utOkoQ

          ~ Pilihan Yang Terbaik ~
                   11 ربيع الأوّل 1440H
              19 November 2018
                              ✒

       _Raikan Pendapat, Jika Berbeza_
                 *DI LARANG EDIT*

                   _كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْت_
_Sedekah Jariah Ilmu, Bekalan Akhirat._

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2