Kelebihan qana'ah

Nota Abi #129

Kelebihan Qana'ah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=971286423081071&id=243537035856017

Qana’ah ertinya selalu merasa cukup dengan nikmat yang Allah kurniakan padanya. Apa manfaat yang akan kita peroleh dengan memiliki sifat qana’ah?

1. Menjadi orang yang beruntung.

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash r.hma, Rasulullah s.a.w. bersabda,

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ
“Sungguh sangat beruntung orang yang telah masuk Islam, diberikan rezeki yang cukup dan Allah mengurniakannya sifat qana’ah (merasa cukup) dengan apa yang diberikan kepadanya.” (Muslim)

2. Mudah bersyukur.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,

انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلاَ تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لاَ تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ

“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam urusan harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu. Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (Muslim).

3. Menjauhkan diri dari hasad kepada orang lain.

Kenapa harus cemburu pada orang kalau kita sendiri sudah merasa cukup dengan nikmat yang Allah beri?

Kata ulama', merasa tidak suka terhadap nikmat yang ada pada orang lain, sudah disebut hasad. Adapun menurut kebanyakan ulama, hasad adalah menginginkan suatu nikmat orang lain itu hilang.

Hasad itu begitu bahaya kerana seolah-olah tidak redho akan takdir Allah. Sebagaimana disebut dalam ayat,

أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَةَ رَبِّكَ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَتَّخِذَ بَعْضُهُمْ بَعْضًا سُخْرِيًّا وَرَحْمَةُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ

“Apakah mereka yang membahagi-bahagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS. Az-Zukhruf : 32)

Semoga kita kita dikurniakan sifat qana'ah dalam kehidupan yang menjadi ciri orang bertaqwa.

Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi
Kuliah Subuh
Surau Banggol Peradong Kuala Nerus Terengganu
Tajuk: Taqwa
2 November 2018

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2