Semua manusia akan diuji

*Semua Manusia Tak Dapat Elakkan Diri Dari Diuji*

Manusia yang hidup di dunia sekalipun tinggi statusnya tidak dapat elakkan diri dari pada ujian Allah.
Raja diuji rakyat diuji.
Orang besar diuji, orang kecil diuji.
Orang perempuan diuji, orang lelaki diuji.
Orang jahat diuji, orang baik-baik diuji.
Semua manusia tak dapat elakkan diri mereka diuji.
Ujian itu berbagai-bagai pula bentuknya.
Miskin, sakit, bencana alam, kejahatan manusia.
Merbahaya yang datang daripada haiwan.
Bahkan adakalanya bahaya yang datang dari pada makanan.
Kadang-kadang perkara yang tidak disangka menjadi ujian kepada manusia.
Isteri memudharatkan suami, suami memudharatkan isteri.
Anak memudharatkan ibu bapa, ibu bapa memudharatkan anak-anaknya.
Adakalanya kenderaan memudharatkan manusia.
Bahkan seribu satu macam ujian datang menimpa.
Dia datang dengan tidak disangka-sangka.
Kalau begitu lebih baik kita diuji dalam mentaati-Nya.
Kalau kita derhaka pada-Nya diuji juga.
Tapi dalam ketaatan diuji oleh Tuhannya.
Ada kira-kira dari Tuhannya.
Mendapat keampunan dari Tuhannya.
Dapat redha-Nya dan dapat darjat dan pangkat di dalam Syurga.
Tapi kalau kita derhaka diuji juga.
Bukannya derhaka boleh terlepas ujian dari-Nya.
Jadi kalau derhaka pun diuji juga.
Rugi di dua negara.
Di dunia dapat kesusahan.
Di Akhirat Neraka.

Lepas Zohor
07.12.2005

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2