Manusia mana ada kuasa

*Manusia Mana Ada Kuasa*

Manusia manalah ada kuasa.
Sekalipun yang berkuasa pandai dan kaya.
Diri sendiri pun tidak dapat  dikuasai.
Betapa pula bukan diri sendiri lagilah tidak ada kuasa.
Diri sendiri lemah menguasainya.
Kita bawa beberapa contoh yang mana manusia tidak ada kuasa pada diri.
Bolehkah dia kontrol dari susah hati yang sering sahaja memberang hatinya?
Bolehkah dia sekat sebab-sebab yang menjadikan hatinya menderita?
Bolehkah dia wujudkan gembira setiap masa?
Mampukah dia menyekat bala bencana yang menimpanya?
Seperti miskin, bencana alam, hasad dengki dan orang kata.
Bahkan isterinya adakalanya benci dengannya, dia tidak dapat membendungnya.
Sekalipun dia raja dan berkuasa.
Semua pertanyaan ini semua orang sudah dapat menjawabnya.
Sungguh lemah manusia itu walaupun dia raja.
Tapi mengapa manusia sombong?
Mengapa manusia tidak sedar diri dan mengaku kelemahan?
Mengapa manusia sesama manusia hina menghina?
Padahal semua mereka adalah hina hakikatnya.
Sekalipun raja dan ada kuasa.
Ini menunjukkan manusia tidak kenal diri.
Kalau manusia kenal diri malu dengan Tuhannya.
Tapi manusia tidak kenal diri maka tidak kenal Tuhan.
Maka ramai orang  mentuhankan diri sekalipun tidak mengelarkan diri Tuhan.
Tidak terasa lemah diri dan hina diri itu mentuhankan diri namanya.
Sombong itu mentuhankan diri sendiri.
Kerana itulah sifat sombong itu besar dosanya.
Sebab sifat Tuhan telah dipakai pada dirinya.
Dia telah syirik dengan Tuhan tanpa dia sedari.
Kerana dia tidak kenal diri.
Maka dia tidak kenal Tuhannya.

Menjelang Zohor
04.08.2005

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2