Tetaplah beristighfar

JIWA TARBAWI 460


Aku hairan, seorang yang diuji dengan dosa - sedangkan setiap kita memanglah pendosa - dia lalai dari istighfar dan taubat  pada waktu malam dan siang.

Sedangkan Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam seorang yang maksum terpelihara daripada dosa, tetap banyak taubat dan istighfarnya....

عَنْ أبي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قال : سمِعتُ رسول الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقُولُ : ( واللَّه إِنِّي لأَسْتَغْفرُ الله ، وَأَتُوبُ إِليْه ، في اليَوْمِ ، أَكثر مِنْ سَبْعِين مرَّةً ) رواه البخاري .

Dari Abi Hurairah ra, berkata, “ Aku mendengar Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “ Demi Allah, aku benar-benar beristighfar kepada Allah, dan aku bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari 70 kali .”

HR Bukhari

عن الأَغَرِّ بْن يَسار المُزنِيِّ رضي الله عنه قال : قال رسول الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : ( يا أَيُّها النَّاس تُوبُوا إِلى اللَّهِ واسْتغْفرُوهُ فإِني أَتوبُ في اليَوْمِ مائة مَرَّة )رواه مسلم .

Dari Al Aghar bin Yasar Al Muzni ra, berkata, Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “ Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah dan beristighfarlah kepadaNya, Sesungguhnya aku bertaubat 100 kali dalam sehari.”

HR Muslim


ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2