Jangan merasa aman dengan dosa
•┈┈•◈◎◇❖ *﷽* ❖◇◎◈•┈┈•
*JANGAN MERASA AMAN DENGAN DOSA*
🔊 Imam Ahmad rahimahullah berkata bahwa dari Abul Aliyah rahimahullah, beliau berkata,
“ _Akan datang suatu masa dimana hati-hati manusia rosak (kerana jauh) dari Al Qur’an, Mereka tidak merasakan manis dan lazatnya Al Qur’an_.
Apabila mereka tidak melakukan apa yang Allah perintahkan, mereka berkata,
“ _Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang._”
Apabila mereka melakukan apa yang Allah larang, mereka berkata:
“ _Allah akan mengampuni kami, kami tidak melakukan perbuatan kesyirikan sedikit pun_“
Mereka tamak, tidak ada ketulusan dalam urusan mereka.”
📚 ( KItab Az-Zuhd : 1760)
Perkataan ini muncul di awal-awal Zaman Islam ( sekitar tahun 200an Hijriyah),
Sekarang, seribu tahun lebih kemudian, lihatlah keadaan kebanyakan umat Islam.
Ternyata benar adanya, sudah datang masanya,
betapa banyak umat Islam yang meremehkan kewajiban, menerjang keharaman dengan prinsip
“ Allah Maha Pengampun, kami akan diampuni, yang penting tak buat syirik”.
Atau yang lebih parahnya, menganggap dosa pasti diampuni kerana sudah beragama Islam padahal ia banyak melakukan kesyirikan, kesyirikan besar, tanpa ia ketahui, tanpa disedari...
📝 _Boris Tanesia hafidzahullah_
_Moga Manfaat InsyaAllah_
┏━━━━━❃❀❃━━❃❀❃━━━━━┓
🌺 *Atshabat AlaaTauhid* 🌺
┗━━━━━❃❀❃━━❃❀❃━━━━━┛
🗝 _Tauhid & Akhlak Modal Ke Syurga_
Comments
Post a Comment