Hati yang mati
السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Da'i Luqman&Ustaz Zul Ramli M.Razali)
*HATI YANG MATI*
••••••••••••••••••••••••••
Syukur adalah ubat hati.
Org yg kurang bersyukur,hati jadi hati yg sakit.
Kita terdiri dari dua unsur.
Jasmani dan rohani.
Manusia unik kerana ada dua unsur tersebut.
Manusia ada dua sifat luaran dan dalaman.
Dalaman itu ialah hati.
HARI INI DGN SEDIKIT UJIAN MANUSIA JADI REBAH.
APAKAH PERKARA ASAS SUPAYA HATI TAK MATI?
Jasad kita terjadi dari tanah.
Seluruh makanan yg kita makan hakikatnya datang dari tanah.
Asas bagi dalaman ialah IMAN.
Semua yg ada kaitan dgn Allah,itulah asas dalaman manusia.
Iman adalah nyawa bagi hati.
BERIMAN,PERCAYA PADA ALLAH,ITULAH ASAS BAGI HATI.
BAGAIMANA HATI SESEORANG ITU BOLEH MATI DAN BAGAIMANA NAK HIDUPKAN HATI YG TELAH MATI DAN BAGAIMANA NAK KESAN HATI KITA TELAH MATI ATAU HIDUP?
Hati yg baik adalah hati yg kenal Allah dan rindu dgn Allah.
Hati yg benar² hidup,apabila disebut nama Allah akan bergoncang hati kita.
Bila dibaca ayat² Allah akan bertambah iman.
Bila tak rasa sayang dgn Allah,tak perlu dgn Allah,tak bergantung dgn Allah dan tak perlu nak dekat dgn Allah,inilah tanda hati yg mati.
APAKAH TANDA² HATI YG MATI DALAM MENGERJAKAN IBADAT SOLAT?
Solat adalah perintah Allah.
Setiap benda yg ada kaitan dgn Allah,seseorang akan terbina hatinya.
Solat ialah perbuatan² dan perkataan² yg dimulakan dgn takbir.
Perbuatan jasad ketika solat belum tentu hati hidup jika hati tak menghayati.
Perbuatan tersebut tak akan menghidupkan hati seseorang.
BERAPA RAMAI ORG YG BERSOLAT TAPI TAK BERI KESAN APA² PUN PADA DIA KERANA DIA BUAT SOLAT HANYA DGN PERBUATAN BUKAN DARI HATI.
Yg kita nak adalah makin solat akan makin kaya hati dan makin seronok buat ibadat.
BAGAIMANA NAK HIDUPKAN SEMULA HATI YG SAKIT SUPAYA TAK MATI?
Hati yg sakit boleh menjadikan hati mati.
Hati yg mati boleh dihidupkan semula.
Sesungguhnya Allah menghidupkan hati yg mati.
HIDUPKAN HATI DGN 4 PERKARA INI:
Baca Al~Quran dapat pahala.
Tapi belum hidupkan hati jika hanya baca Al~Quran.
Hati boleh hidup bila kita menghayati makna² dalam Al~Quran.
Sedikitkan makan boleh menghidupkan hati.
Bangun malam boleh menghidupkan hati.
Sentiasa duduk bersama dgn org² soleh boleh menghidupkan hati.
ADAKAH HATI YG IMANNYA TURUN NAIK ITU TANDA HATI MATI?
Sifat hati mcm bekas yg patut diisi dgn iman.
Bila cawan penuh dgn air,angin tak akan masuk.
Turun iman bukan terus tak ada iman.
ORG YG YAKIN PADA ALLAH BERBEZA DGN ORG YG PERCAYA PADA ALLAH.
Hati fungsinya rasa.
Rasa yg menentukan sesuatu.
Bila iman kurang,hawa nafsu yg akan beri saranan.
JGN BIARKAN IMAN TURUN.
Bila iman turun tak akan menguntungkan hati.
ALLAH BERI REZEKI DAN ALLAH PERINTAHKAN KITA BEKERJA.
ALLAH SURUH IKTHIAR CARI REZEKI.
KITA KENA BERGANTUNG PADA ALLAH DAN IKTHIAR SEBAIK MUNGKIN,INILAH YG TERBAIK.
APAKAH MEREKA YG SERING MEMPERTIKAIKAN HUKUM² ISLAM TERGOLONG DARI ORG YG MATI HATINYA?
Hati akan sakit dan bertambah sakit kerana JAHIL.
Tak mungkin dia beriman pada Allah kerana dia jahil.
ORG YG MENOLAK HUKUM ALLAH INI KERANA KEJAHILAN YG ADA PADANYA.
Setiap peraturan datangnya dari Al~Quran.
Al~Quran bila dah masuk dalam hati org beriman akan menjadikan seseorang itu bijaksana.
BILA KITA SELALU KE MASJID,MAJLIS² ILMU MUDAH²AN AKAN KEMBALI MENGHIDUPKAN HATI.
ZIKIR JUGA BOLEH TENTERAMKAN HATI DAN DAPAT MERAWAT HATI YG SAKIT.
APAKAH HATI YG TERLUKA DISEBABKAN SEJARAH PAHIT, DOSA DAN MAKSIAT BOLEH MENYEBABKAN HATI MATI DAN TAK TERKESAN DGN SEKELILING?
Sejarah pahit tak semestinya akan merosakkan hati.
Hati yg sakit kerana jahil dan syirik akan menyebabkan hati mati kerana jauh dari Allah.
Maksiat adalah apa yg Allah suruh kita tak buat.
Setiap perbuatan maksiat akan merosakkan hati.
Dosa pula akan beri bintik hitam pada hati.
Maksiat akan membuang iman.
DOSA TAK AKAN KEKAL DALAM DIRI SESEORANG KERANA KESAN DARI TAUBAT.
Selawat boleh ampunkan dosa.
Banyakkan istighfar.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
BERGADUH DAN TAK BERBAIK~BAIK,APAKAH INI TANDA HATI YG MATI?
Bergaduh itu normal.
Sedangkan lidah lagi tergigit.
Islam benarkan 3 hari sahaja utk bergaduh.
Punca pergaduhan adalah hati.
Bercakap bohong,berjanji tak ditepati,diberi amanah dia pecah amanah dan bila bersengketa berlama~lama inilah ciri² org munafik.
LEPAS DARI 3 HARI TAK BERBAIK~BAIK DGN ORG,SAH ADA PENYAKIT HATI.
Memaafkan boleh ubat hati yg sakit.
JIKA KITA TAK BOLEH NAK MAAFKAN MANUSIA,BAGAIMANA KITA NAK ALLAH AMPUNKAN KITA.
APAKAH BENAR BANYAK KETAWA MENYEBABKAN HATI MATI?
Perbuatan ketawa boleh menyebabkan hati mati.
Islam adalah agama yg menjaga adab.
Org yg tak ada adab akan hilanglah agamanya.
Ketawa adalah luahan emosi yg sekiranya tak dijaga akan mengeraskan hati.
Ketawa sebab persendakan iman akan jadi hati mati.
Cth persendakan ayat² Allah.
Ketawa sampai berdekah~dekah akan mengurangkan adab.
Ketawa dalam batas²nya tak akan mematikan hati.
APAKAH WAS² DISEBABKAN HATI YG SAKIT?
Was² yg bagus cth was² ketika beli makanan periksa halal dan haram.
Dalam bab ibadah kita kena yakin dan buang was².
APAKAH KESAN HATI YG MATI DALAM KEHIDUPAN HARIAN DAN AKHIR HIDUP KITA?
Pada kalimat Allah ada ketenangan.
Bercakap benda yg buruk akan terkesan pada hati.
ORG YG ADA ALLAH DIHATI KESAN HATINYA AKAN JADI TENANG.
Bila hati tenang akan menjadikan kita mudah nak selesaikan masalah.
HATI TAK SIHAT,KETENANGAN TAK AKAN MASUK.
Org yg hati tenang akan kembali pada Allah dgn sejatera.
ADAKAH HATI YG MATI BERKAIT DGN EGO ATAU SOMBONG?
Punca hati sakit hingga sampai mati adalah sebab jahil,dosa dan maksiat.
SIFAT MAZMUMAH AKAN MENYEBABKAN HATI MATI.
Apa sahaja sifat mazmumah akan menjadi penyakit dalaman yg menyebabkan hati manusia mati.
SELESAIKAN DOSA DGN TAUBAT DAN SELESAIKAN PENYAKIT HATI DGN MUJAHADAH.
APAKAH ILMU YG DAH DAPAT TAPI TAK AMAL TANDA HATI MATI?
Org yg ada ilmu tapi tak amal org itu tak dapat apa².
Ilmu yg disimpan semata~mata tak akan beri potensi apa² pun.
IMAN ADALAH MUTIARA.
IMAN TAK MAMPU HIDUP DALAM HATI YG KOTOR.
KITA MESTI MENGISI HATI DGN IMAN.
ISTIGHFAR DAN BERTAUBAT AKAN MENGUATKAN HATI.
BANYAKKAN TAUBAT DAN BANYAKKAN ISTIGHFAR.
BANYAKKAN SEBUT لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.
BANYAKKAN SEBUT
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
BANYAKKAN SELAWAT
اللهم صل على محمد وآل محمد
KERANA SELAWAT DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA.
#InShaaAlllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
C&P
Comments
Post a Comment