Cukuplah Allah saja

"Langkah pertama menuju Tuhan adalah taubat"

"Ilmu, amal, buang dirimu dalam amal, ikhlas"

"Pandanganmu kepada selain Allah adalah tipudaya dan batil!"

"Siapakah lagi Pelindungmu selain Allah?"

"Ilmu yg memberi manfaat adalah ilmu yg menambahkan amal dan takut kepada Allah, bukanlah ilmu yg menjadi sombong dan jauh daripada Allah!"

"Ahli-Allah tetap bersama Allah dalam keramaian dan kesunyiannya, kerana mereka tidak melihat Wujud selain Allah"

"Sunyikanlah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah"

"Yg diingati dan yg mengingati adalah Dia, tiada sekutuNya sesuatu jua"

"Bala-cubaan adalah utusan Allah yg membawa salam cinta dari Allah"

"Tuntutlah kemuliaan yg kekal, kemuliaan selain Dzat Allah tiada kekal"

"Pemimpin yg suka dikritik dan dinasihati adalah pemimpin yg kuat dan benar"

"Tauhid ialah mengosongkan hati daripada segala sesuatu selain Allah"

"Ijazah dan sanad ilmu tauhid yg sebenar daripada Allah, iaitu hakkul-yakin"

"Janganlah engkau merasa aman diri daripada kemurkaan Allah!"

"Jangan engkau bergantung dan bersandar kepada sesuatu selain Allah"

Jabariah menolak usaha akhtiar dari hamba
Qadariah mengaku usaha akhitiar dari diri sendiri
Ahli sunnah kata usaha akhtiar dibangsakan bagi hamba, tetapi tidak beri bekas melain dengan izin Allah
Ahlul kasyaf pandang usaha ikhtiar dari Allah
Sebab dia telah fana wujud dirinya
Dia tidak memerhati diri dan alam lagi
Tiada yg wujud dalam alam ini pada hakikat melainkan Allah
Dia telah bersatu dalam keesaan Allah
Wahdatul wujud.

"Pandangan cinta akan menghilangkan wajah selain yg dicintai"

"DIA yg menyaksikan DiriNya sendiri"

"Relakanlah hatimu menerima bala-musibah sebagaimana engkau gembira menerima nikmat Allah"

"Mati sebelum mati"

"Jangan mengejek bala-musibah yg menimpa atas seseorang"

"Apabila Raja telah memakai pakaian rakyatNya maka Raja tidak dikenali lagi melainkan bagi orang yg benar-benar rapat disisi Raja, manusia rahsia Allah dan Allah rahsia manusia"

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yg menciptakan, kalam batin dialam hakikat"

"Ramai manusia suka mentakwilkan perbuatan Allah, kerana mereka masih terhijab daripada memandang Allah"

"Putuskan harapmu kepada selain Allah"

"Tawakkal ialah penyerahan seluruh jiwa-ragamu kepada Allah"

"Hilangkan pandangan makhluk kepadamu dengan merasa cukup dengan pandangan Allah kepadamu"

"Bulan kelahiran cahaya Allah telah tiba, alam semesta bergembira menunggu kelahiran Baginda S.A.W"

"Pandanglah Tuhan pada alam ini tanpa orang tengah dan segala hijab sebab-musabab"

"Dia yg menafikan Tuhan selainNya dan mengisbatkan Ketuhanan hanya bagiNya, Dia yg memuji DzatNya sendiri diazali"

"Mata-hati yg dianugerahi selalu memandang kepada perbuatan Allah pastinya tidak akan terkeliru dan tersesat dari jalan tauhid yg sebenar"

"Tiada seorang pun yg bersih daripada dosa dan kesalahan, maka kembalilah kepada Tuhanmu dengan bertaubat dan minta tolong"

"Cintailah Rasulullah S.A.W walaupun engkau belum dapat mengikuti jejak langkah Baginda S.A.W"

"Ya Rasulullah! Sungguh kerdil dan hinanya daku dihadapan keindahanmu...rohmu yg tersucikan, jasadmu yg terpimpin dan dipermuliakan Ilahi, syafaatkanlah daku ini"

"Jangan sekali-kali engkau berhenti dari memohon keampunanKU, sesungguhnya AKU Maha Pengampun lagi Maha Pengasih"

"Cukuplah AKU bagimu, AKU adalah sebaik-baik teman dan Penolongmu"

"KeridhaanKU keatasmu itu atas ridhamu kepadaKU"

-  BUTA SELAIN ALLAH

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2