Pengajaran dari lori sampah
*LORI SAMPAH & GRAB*
_Suatu hari, saya menaiki Grab Car untuk ke suatu destinasi. Grab tersebut bergerak di lane paling kanan dan secara tiba-tiba, datang sebuah kereta memotong tanpa signal masuk ke lane kami secara mengejut._
Pemandu Grab tersebut brek dengan mengejut, dan nyaris-nyaris mahu terlanggar kereta tersebut hanya beberapa inchi.
_Pemandu yang memotong tersebut mula mengangkat tangannya menunjukkan *F words* dan menjerit ke arah kami. Seolah-olah kesalahan itu berpunca dari pemandu Grab tersebut._
Reaksi Pemandu Grab tersebut mengejutkan saya. Kerana beliau hanya senyum dab angkat tangan tanda meminta maaf kepada pemandu tersebut.
_Saya terkesima kerana tanggapan saya pasti beliau akan marah. Tetapi tidak._
Lalu saya bertanya, "Kenapa U buat macam tu sahaja? Pemandu tersebut nyaris-nyaris melanggar kereta U dan jika terlanggar tadi, ke hospital la kita jawab nya"
_Dan momen ini lah, pemandu Grab tersebut mengajar saya tentang satu perkara iaitu "The Law of Garbage Truck"_
Beliau menyambung,
"Ramai orang di dunia seperti "lori sampah". Mereka membawa penuh muatan sampah di dalam hati mereka. Mereka membawa hati yang frust, hati yang penuh kemarahan, hati yang penuh rasa tidak puas.
_Apabila, "sampah" tersebut mulai banyak, mereka memerlukan tempat untuk "membuangnya"._
Maka, usah mengambil sesuatu perkara tersebut personally. Hanya senyum, lambai sahaja, dan berdoa semoga kehidupan pemandu tersebut di permudahkan dan kita move on dengan rutin harian kita seperti biasa. Usah mengambil "sampah" mereka dan sebarkan kepada orang lain yang kita jumpa di rumah, pejabat mahu pun di sekeliling kita".
_Kesimpulannya, orang yang berjaya, mereka tidak akan benarkan hidup mereka di pengaruhi oleh "sampah-sampah" begini._
Kehidupan sangat singkat untuk bangun pagi dan melempiaskan kemarahan kepada orang lain dan membawa hati yang sarat dengan "sampah".
_Maka, berbuat baiklah dengan mereka yang menyantuni anda dengan penuh kebaikan. Dan titipkan lah doa - sedekahkan Al Fatihah buat mereka yang selalu menyakiti hati anda._
*Seperti kata bijak pandai*
_10% di dalam kehidupan adalah apa yang kita lakukan sehari-harian._
*Manakala 90% daripadanya, adalah yang kita respon.*
Comments
Post a Comment