Allah suka hamba yg bertaubat

*ALLAH SUKA HAMBA YANG BERTAUBAT*

Allah Taala sangat suka apabila seseorang membuat dosa menyesal dan memohon ampun.

Kemudian dosa-dosa ini tidak pernah digunakannya seumur hidupnya.

Dia terasa terseksa dengan dosa-dosa yang telah berlaku.

Adakalanya mengenangkan dosa air matanya menitis berguguran.

Begitu juga Tuhan sangat suka pada seseorang apabila membuat kebaikan, dilupakan.

Dia merasakan tidak pernah berbuat dan melakukan.

Yang dia anggap belum berbuat.
Yang dia rasa adalah hamba yang berdosa.

Tuhan juga suka apabila orang membuat baik kepadanya, tidak dilupa.

Ingin membalas jasanya atau mendoakan.

Juga kesalahannya kepada orang tidak pernah dilupakan.

Dia teringat sepanjang masa.

Bahkan dengan kesalahan yaitu jiwanya terseksa dan menderita.
Dia memohon maaf kepada orang ini.

Kalau orang itu sudah tidak mungkin ditemuinya dia doakan selalu.

Kalau dia membuat kebaikan pahalanya dihadiahkan kepadanya.

Begitulah juga Tuhan sangat suka kepada seseorang hamba yang merasa dirinya hina.

Hina dengan kejadian, hina dengan kelemahan, hina dengan kecuaian, hina dengan dosa-dosanya.

Hinggakan kebaikannya sudah tidak lagi dilihatnya.

Yang dilihat dosa-dosanya dan kesalahan-kesalahannya.

Yang dia lihat adalah kelemahan dan kelalaiannya.

Hingga tidak ada lagi ruang hatinya untuk bergembira.

Kerana hatinya telah dipenuhi dengan dukacita.

Menjelang tidur
11 - 10 - 1999

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2