Posts

Showing posts from March, 2018

Puasa dua hari seminggu

*KELEBIHAN PUASA DUA KALI SEMINGGU* *Kajian Pakar Neurosains Tentang Puasa Dua Kali Seminggu | Universiti South Carolina, USA* Setelah kajian saintifik tentang manfaat puasa dua kali seminggu dibuktikan oleh para saintis, masyarakat barat kini sudah mula berjinak-jinak untuk berpuasa dua kali seminggu. Masyarakat barat menamakan amalan puasa dua kali seminggu ini sebagai "intermittent fasting" ataupun "5:2 diet", yang bermaksud lima hari makan seperti biasa dan dua hari berpuasa. Jika diamati, amalan "intermittent fasting" atau "5:2 diet" ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda menyarankan agar kita berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis iaitu dua hari dalam seminggu. Dalam jurnal Stem Cell & American Journal of Clinical Nutrition, pakar neurosaintis telah mengkaji bahawa puasa dua kali seminggu dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan sel-sel otak yang baru. Sel-sel saraf akan menghantar isyarat kepada DNA untuk me...

Oeang kaya yang miskin di akhirat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Orang Kaya Yang Miskin Di Akhirat* عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَرَجْتُ لَيْلَةً مِنْ اللَّيَالِي فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْشِي وَحْ...

Apabila mati itu dekat

🌸 *Apabila Engkau Rasa Mati Itu Berada Dihadapanmu* 🌸 Maka engkau akan sentiasa memperbaiki dan mempersiapkan dirimu menuju hari kematianmu. Solatmu yang dahulunya chulas tidak berkualiti, semakin engkau perbaiki dan perbanyakkan sehingga engkau menemui khusyuk dan kemanisannya. Aib saudaramu yang dahulunya engkau sibukkan, kini engkau tidak punya masa melihat aib mereka lagi kerana aibmu lebih utama untuk engkau takuti dan tutupi. Dulunya engkau sangat suka berhibur sehingga ketawamu sangat jelek didengari teman temanmu, tetapi kini hiburan yang engkau pilih hanya sekadar keperluan sahaja demi untuk memenuhi fitrah kemanusiaanmu. Engkau mula menyayangi makhluk Allah yang lain. Kucing yang dahulunya engkau sepak kerana meminta makanan darimu, tetapi kini engkau sangat pemurah dengan membelikan mereka makanan. Al Quran yang dahulunya engkau jadikan perhiasan di dalam almari almari perhiasan rumahmu semata mata, kini tidak lagi kerana Al Quran telah engkau j...

Sebesar biji sawi sekalipun

“Sesiapa beramal dengan kebaikan seberat biji sawi akan dinilai. Sesiapa yang beramal dengan seberat biji sawi keburukan juga akan dinilai”. Kemudian jika natijah dari nilaian itu menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah dia. Jika sebaliknya, rugilah dia. Dalam hidup ini, ada pula ujian dan cubaan. Sesiapa yang sabar dengan ujian dan cubaan, diberi pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadikan pahalanya dipindahkan kepada kita, atau dosa kita diberikan kepadanya -seperti dalam hadith al-Imam Muslim-. Maka keputusan neraka dan syurga adalah hak ALLAH terhadap hamba-hambaNya. Apa yang pasti dosa menyumbang ke arah neraka. Pahala menyumbang ke arah syurga.

Amalan surah al Kahfi

Surah al Kahfi untuk melindungi diri dan hati dari fitnah akhir zaman. Sebaiknya baca seluruh surah. Namun jika tak mampu, cuba baca yang ini: Ayat 1 hingga 10. Kemudian ayat 100 hingga 110. Bila perlu dibaca? Setiap hari. Pagi dan petang. Kalau tidak mampu, setiap Jumaat. Niatkan untuk dipelihara diri dan keluarga.

Yang senang

🌹Mutiara kata ....🌹 "Banyak orang yang sibuk memikirkan hidup yang senang. *Tetapi lupa memikirkan cara mati yang senang.* Dunia ini bukanlah tempat tinggal, tetapi tempat untuk *meninggal*..." *-Imam Hassan Al Banna-*

Sifat penghuni syurga

SIFAT PENGHUNI SYURGA "Amalan biasa-biasa saja, cuma satu amalan yang saya buat setiap kali sebelum tidur ialah berdoa, "Ya Allah, orang yang maki saya, saya maafkan. Orang yang mengumpat saya, saya maafkan. Orang yang menzalimi saya, saya maafkan. Saya bersedekah dengan maruah diri saya'." Demikian jawapan sahabat tersebut apabila ditanya oleh Abdullah ibnu 'Amru r.a yang ingin menyiasat amalan istimewanya sehingga dijamin syurga oleh Rasulullah ﷺ. Beliau tidak mahu tidur dengan membawa dendam, tidak mahu tidur dengan membawa benci, tidak mahu tidur dengan membawa penyakit hati. ~ Habib Ali Zaenal Abidin ~

Godaan dalam beribadat

Dalam kita mahu beribadat, pasti ada godaan atau gangguan yang menyebabkan kita tidak fokus. Antaranya, - teringat rezeki tak cukup untuk keluarga, - keinginan nafsu mahukan rezeki lebih baik. Ibadah kita pasti tidak sempurna apabila dipanggil-panggil untuk memikirkan. Ubatnya: menyerahkan diri kepada Allah, sungguh-sungguh. Yakin rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah. Yakin ada rezeki untuk setiap makhlukNya. Caranya: 1. Taqwa 2. Usaha 3. Tawakkal

Pesan untuk sahabat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Sahabat, Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya. Dalam hidup ini ada tawa. Dalam hidup ini ada tangis. Dalam hidup ini ada kebahagiaan. Dalam hidup ini ada kesedihan. Dalam hidup ini ada kejayaan. Dala...

Sekeping hati

 Kitab Keajaiban Hati  Rahasia Keajaiban Hati  KEAJAIBAN HATI Sahabat sekalaian ketahuilah bahwa : “sesungguhnya manusia itu siap untuk mengenal Allah, dengan hatinya, bukan dengan angota-angota tubuh yang lain”. Maka hatilah yang mengenal Allah dan hati pula yang mendekatkan diri kepada-Nya, hati yang beramal untuk-Nya, hati yang berusaha menuju kepada-Nya, dan hati pula yang menyingkapkan tabir penghalang terhadap sesuatu yang ada pada sisi-Nya. Sedangkan angota-anggota tubuh yang lain hanyalah menjadi pengikut atau pengiring, pelayan dan sebagai alat-alat pengkhidmatan kepada-Nya. Dan hati mempergunakan angota-angota itu seperti raja mempergunakan hamba sahaya, dan laksana gembala mempergunakan ternaknya, dan seperti tukang atau pengrajin mempergunakan perkakasnya. Hati diterima di sisi Allah, apabila ia selamat dan bersih dari selain Allah dan ia terdinding dari Allah, apabila ia tenggelam dalam selain Allah. Hatilah yang dituntut...

Apabila Allah cinta pada kita

*Apabila Allah Cinta Pada Kita* Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: إذا أحبَّ اللَّهُ العبدَ نادى جِبريلَ : Apabila Allah Mencintai seseorang, Dia akan memanggil Jibril (lalu berfirman): إنَّ اللَّهَ يُحبُّ فُلانًا فأحِبَّهُ ، فَيُحِبُّهُ جِبريلُ ، "Sesungguhnya Allah Mencintai si fulan. Hendaklah engkau mencintainya". Lalu malaikat Jibril mencintai orang itu. فينادي جبر...

Beza syaitan dan iblis

🔴apa beza syaitan dan iblis? 🔵Syaitan Untuk memahami syaitan, satu prinsip yang harus kita pegang: Jin itu makhluk dan syaitan itu sifat. Kerana syaitan itu sifat, maka dia melekat pada makhluk dan bukan berdiri sendiri. Syaitan adalah sifat untuk menyebut setiap makhluk yang jahat, membangkang, tidak taat, suka membelot, suka maksiat, suka melawan aturan, atau semacamnya. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar kata: الشيطان في لغة العرب يطلق على كل عاد متمرد “Syaitan dalam bahasa Arab digunakan untuk menyebut setiap makhluk yang menentang dan membangkang.” (Alamul Jinni was Syayathin, Hal. 16). Dinamakan syaitan, dari perkataan; syutun (Arab: شطون) yang ertinya jauh. Kerana syaitan dijauhkan dari rahmat Allah. (Al-Mu’jam Al-Wasith, ...

Menjaga hak

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Jaga Hak Allah, Diri dan Masyarakat* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَأْخُذُ عَنِّي هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أ...

Hilangkan kesusahan

📘 _Hadits Shahih Muslim Jilid 4. Hadits Nombor 2322._ _Dari Abu Hurairah ra. katanya Rasulullah ﷺ bersabda:_ 🅾 _Siapa yang menolong menghilangkan kesusahan orang mukmin,_ ➡ _Allah Taala menghilangkan pula kesusahannya di hari kiamat kelak._ 🅾 _Siapa yang membantu memudahkan orang yang dalam kesulitan,_ ➡ _Allah memudahkannya pula di dunia dan akhirat_ 🅾 _Allah sentiasa menolong hambanya,_ ➡ _selama hamba itu mahu menolong saudaranya._ 🅾 _Siapa berusaha mencari ilmu,_ ➡ _Allah memudahkan baginya jalan ke syurga._ 🅾 _Bila suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid)lalu mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka,_ ➡ _diturunkan kepada mereka ketenangan dan diselubungi mereka dengan rahmat._ ➡ _Mereka dikerumuni oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut dengan bangga kepada orang-orang yang di dekat-Nya._ ➡ _Sedangkan orang yang lalai beramal, i...

Nilai satu nasihat

Seorang sahabat bertanya Abu Nawas : "Wahai Abu Nawas, apakah yang paling berNILAI?". Abu Nawas menjawab : "NASIHAT" Sahabatnya bertanya lagi : "Jika begitu, apa pula yang paling TIDAK BERNILAI?". . Au Nawas sekali lagi menjawab, "NASIHAT" . Shabatnya HAIRAN,... "Bagaimana sesuatu itu menjadi paling BERNILAI dan juga paling TIDAK BERNILAI? Engkau tentu silap. Abu Nawas lalu berkata : "Aku tidak silap, sahabatku... Suatu NASIHAT yang diIKUTI, akan menjadi perkara yang paling BERNILAI; Dan jika NASIHAT itu TIDAK DIIKUTI, ia akan menjadi perkara yang paling TIDAK BERNILAI... Bergantung padamu NIAT KAMU  mengambil NASIHAT itu.

Mengenal diri

*🌹Sedarlah dan sadarlah* *😰Siapakah ....❓* *😱oh bukan.* *😰Apakah ..... ❓* *😱bukan juga.* *😰Yang manakah yang dipanggil 'DIRI SEBENAR DIRI'  itu pada kalian itu ❓* *☝🏼Berikut adalah metafora AGAR MAKLUM dan BUKAN SEKADAR MENGHAFAL TULISAN ORANG terutamanya saya YANG TAK PUNYA KASYAF* *☝🏼Yang mana yang disebut DIRI pada dirimu itu❓* *📖  AL~QURAN menjelaskan BAHWA MANUSIA TERDIRI dari 3 KOMPONEN UTAMA iaitu.* *🥀1. JASAD ...tubuh badan atau fizikal.* *🥀2. RUH ...yang dengannya jasad manusia itu bergerak dan berkembang tepatnya adalah NAFAKH RUH* *🥀3. JIWA, NAFS atau SOUL ... Itulah diri manusia atau self.* *🌹JASAD SEMATA~MATA  adalah MAYAT* *🌹JASAD dengan ADANYA RUH seperti ORANG TIDUR atau KOMA ibarat bahtera tanpa nakhoda.* *🌹JASAD, RUH dan JIWA BERPADU itulah DIRI MANUSIA  yang TERTIMPA...

Soalan di mahkamah Allah

Pertanyaan Di Padang Mahsyar عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُس...

The natural fork

*Eating with the BEST "fork"* _[By Hadhrat Moulana Abdul Hamid Is`haq Saheb (Daamat Barakaatuhum)]_ A scholar from one of the universities visited Darul Uloom Deoband during a trip to India. He was invited for a meal by Hadhrat Moulana Anwar Shah Kashmiri (Rahmatullahi ‘alayh). The scholar asked the respected Moulana (Rahmatullahi ‘alayh): “Why do you not also eat with a fork and spoon *(as many others eat).”* _Moulana immediately stretched out his hand, drawing attention to four of his fingers, and said: “I am eating with a fork! Just as a fork has got 4 prongs, my hand has got fingers!”_ *_Hadhrat Moulana then said: “My fork is better than your fork in 4 ways…_* *1. My fork can feel the temperature of the food* whilst your fork cannot. *2. My fork can bend and catch hold of the food easily,* whilst your fork cannot. I notice how you find difficulty to get hold of your food. *3. If my fork hits against my teeth or gums I do not fee...

Keadaan manusia di alam kubur

*📚KEADAAN MANUSIA DI ALAM KUBUR ADA 5 JENIS* 🔹Pertama: *para Nabi dan Rasul 'alaihimussalam.* Mereka dalam keadaan yang paling baik di alam kubur. Nabi Shallallahu'alaihi Wasallam bersabda: إن الله حرّم على الأرض أن تأكل أجساد الأنبياء “Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad pada Nabi” (HR. Al Hakim 5/776, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Al Jami' no. 2212). 🔹Kedua: *para syuhada (orang yang mati dalam keadaan syahid).* Mereka mendapat nikmat kubur, selamat dari fitnah kubur (pertanyaan kubur) dan adzab kubur. Ada sahabat yang bertanya: ما بال المؤمنين يفتنون في قب...

Pelbagai pesanan

~ PESANAN BUAT KITA sama2 usaha menuju TAQWA. Jagalah amalan ini sungguh2  :- Bacalah Quran setiap hari sekurang2 semuka. Jaga solat berjamaah bagi yg lelaki dan solatlah di awal waktu. Buat amalan sunat yg Masyaa Allah ini:- - Perbanyakkan solat sunat rawatib, jaga tahjud, jaga witir, jaga sunat fajar. - Berpuasalah sebanyak 3 hari setiap bulan. - Bersedekahlah setiap bulan. Jika ingin kematian yg baik, maka jaga solat baik2, berkatalah baik2, rajinlah berbuat baik, tinggalkan perkara2 yg tak baik. Quran juga turut memerintahkan agar manusia itu berlumba2 meraih ganjaran amal. (QS. Al Muthaffifin: 26) INGATLAH KECANTIKAN DAN SIHAT AKAN BINASA,  KITA AKAN MATI,  KEKAYAAN AKAN TINGGAL BILA KITA KE KUBUR,  HANYA AMALAN YG BERMAKNA PADA KETIKA ITU. APAKAH KITA SEDAR INI? ~MAGHRIB

Mencapai usia 40 tahun

BILA UMUR MSUK 40 THN. 1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal. . 2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang      - Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.      - Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap      - Jangan banyak  bersenang kerana kematian semakin hampir. 3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat. . 4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka. . 5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati. . 6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat  redha Allah. . 7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat. . 8. Jangan tamak d...

Peringatan kepada yang lupa

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA *Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati* *Jahat atau Baik kita.* *Solat jangan ditinggalkan.* *Solat Bukan sebab kita baik.* *Solat sebab perintah Allah.* *Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...* *Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...* *NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.* *Jika tidak, sudah pasti Gunung yg hendak di tukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...* *Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....* *Kalau dah mati...* *Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..* *Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...* *Sedekah masa hidup itu bonus...* *Ilmu yg di kongsi itu bonus...* *Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati....* *Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...* *Takut mcm mana pun dengan mati...tetap Akan mati...* *Berani mcm mana pun ...tetap Akan mati* *Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...

Jadual harian yang ideal

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS 1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg) - mandi dan ambil wuduk 2. solat sunat wuduk. 3. solat sunat taubat. 4. solat sunat tahajjud ( 8 rakaat). 5. solat sunat hajat ( mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak ). 6. solat sunat witir 3 rakaat. 7. istighfr 100x 8. tahlil 300x 9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x 10. tasbih 40x 11. solat sunat fajar. 12. solat subuh. 13. baca yaassin lepas subuh. 14. solat sunat dhuha 6 rakaat. 15. Solat Zohor. - solat sunat sebelum...

Zikir yang berharga

Assalamualaikum 1 hari 1 hadis Dari Abu Hurairah radhiallahu, bahwasanya Rasulullah s.a.w "Barangsiapa yang mengucapkan SUBHANALLAH WA BIHAMDIHI dalam sehari sebanyak seratus kali, niscaya akan dihapuskan kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan." HR. Al-Bukhari no.6405

Setelah ayah pergi, siapa sepatutnya beri nafkah

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri. Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya.. Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal. Mari kita berfikir akan kisah benar yg b...

Jangan tergesa-gesa

JIWA TARBAWI 406 Mengenali dan mendidik budi dalam diri.... خُلِقَ ٱلْإِنسَـٰنُ مِنْ عَجَلٍ ۚ سَأُو۟رِيكُمْ ءَايَـٰتِى فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ ﴿٣٧) Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera. Al Anbiya' : 37 Justeru, manusia perlu belajar, berlatih mendidik dan mengawal diri agar tidak dikuasai oleh sikap dan perangai tergopoh-gapah, tergesa-gesa dan terburu-buru..bahkan belajarlah tenang dan berhati-hati ( anaah...

Lapan kelompok manusia

Siapa saja yang sering duduk atau bergaul bersama 8 kelompok manusia, maka Allah akan memberinya 8 perkara: ١. من جلس مع الأغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها 1. Barangsiapa yang sering duduk bersama ​orang-orang kaya​, Allah akan menambahkan kepadanya ​cinta dunia​ & semangat untuk mendapatkan dunia. ٢. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى 2. Barangsiapa yang sering duduk bersama ​...

Renungan buat yang lupa

12 PERKARA DLM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA YANG KITA TAHU TAPI KITA TAK PERNAH AMBIK TAU BUAT RENUNGAN DAN INGATAN KITA BERSAMA 1. Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau. 2. Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun. 3. Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha. 4. Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar. 5. Kita mengetahui, bah...

Indahnya akhlak Rasulullah

" AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW " ... ١. Baginda selalu diam. ٢. Berbicara ketika perlu. ٣. Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat . ٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang. ٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt). ٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’. ٧. Berfikir terus-menerus. ٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya. ٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya. ١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia. ١١ . Marah bukan kerana nafsu . ١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya. ١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka. ١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata. ...

Kuliah maghrib 22 Mac 2018

Kuliah Maghrib Khas Syeikh Yusoff Riq Muhyidin Masjid Taman Selasih 22/3/2018 Nabi saw bersabda : Ambil lah dari pada aku akan amalan dan praktikal serta ikut akan semua perbuatan ku Org Alim ialah mereka yg mengamalkan akan ilmu yg mereka ketahui: kata Imam Malik Sesiapa yg mengaku ia seorang yg Alim maka bermulalah kejahilannya: kata ulama . A) kenapakah banyak diceritakan akan Keramat dikalangan Para auliya berbanding Para sahabat Jawapan ; Menyandarkan kpd Imam Tajuddin As Sukhi dan disandarkan kpd Imam Ahmad B Hambal yaitu Para sahabat keimanan mereka Sangat Kita dan tidak memerlukan keramat lagi utk memberikan kekuatan kpd mereka dan mereka bersama Tuan kpd keramat semua sekali iaitu bersama Nabi saw dan semasa itu wahyu Turun dan berlakunya perlbagai mukjjzat dan mukjizat yg paling agong ialah bersama dgn Nabi saw . Keramat berlaku dikalangan mereka yg lemah iman dan utk menolong mereka . Dan Ada yg Dibukankan hijab dan langsung dan makrifat mereka Begitu hebat . Ken...