Sibukkan diri

JIWA TARBAWI 379

Inisiatif merubah dan menggerakkan perubahan dalam diri manusia mestilah bermula dari diri manusia...

supaya ia melihat kepada dirinya sendiri...

supaya ia menyedari kelemahan , kesilapan dan kecuaiannya sehingga ia membetulkan keadaan tersebut...

dan bukan hanya menarik perhatian dan kecenderungannya terhadap kelemahan, kesilapan dan kecuaian orang lain ...

(( طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس ))
( أخرجه الديلمي )

"Beruntunglah bagi siapa yang keburukan aibnya menyibukkannya daripada keburukan aib manusia "

HR Ad Dailami

Imam al-Ghazali berkata,

"Barang siapa yang sering bermuhasabah pada dirinya, nescaya dia akan temui keringanan pada hari akhirat kelak."

Justeru ukurlah baju di badan sendiri...

Berkata Imam Ibnu Hibban :

الواجب على العاقل لزوم السلامة بترك التجسس عن عيوب الناس، مع الاشتغال بإصلاح عيوب نفسه؛ فإن من اشتغل بعيوبه عن عيوب غيره أراح بدنه ولم يُتعب قلبه، فكلما اطلع على عيب لنفسه هان عليه ما يرى مثله من أخيه، وإن من اشتغل بعيوب الناس عن عيوب نفسه عمي قلبه وتعب بدنه
وتعذر عليه ترك عيوب نفسه

" Wajib bagi orang yang berakal untuk mencari keselamatan dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus (mencari-cari aib orang lain), dan hendaklah ia senantiasa sibuk memikirkan aibnya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan aibnya sendiri dan melupakan aib orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa lelah. Setiap kali dia melihat aib yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat aib yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk mencari aib orang lain dan melupakan aibnya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan kejelekan dirinya.”

( Raudhatul ‘Uqala hal. 131).

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2