Suami lubuk pahala

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Da'i Hadhari&Ustaz Roslan Mohamed)
*SUAMI LUBUK PAHALA*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••
Rumahtangga merupakan sebuah syarikat.
Suami pemimpin rumahtangga.
Wahai org yg beriman jaga diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.
Ayat ini utk suami.
Ini adalah amanah.
Jika suami hilang amanah,rumahtangga akan hancur.
Kita tak nak rumahtangga yg ada perterlingkahan.
Hidupkan keimanan dalam rumahtangga.

SUAMI YG TAK SOLAT DAN TIDAK  BERTANGGUNGJAWAB TAPI ISTERI TETAP SABAR, APAKAH INI LUBUK PAHALA BAGI ISTERI?
Sembahyang tiang agama.
Sepatutnya suami mendidik anak² solat.
Hilang keberkatan,hilang rahmat.
Jangan biarkan suami tak solat.
Tegur dan ajak suami solat bersama.
Guna pihak kedua utk tegur suami.
SUAMI TAK SOLAT ADALAH SATU JENAYAH PADA ALLAH.

KETIKA AKAD NIKAH ITU JANJI SETIA KITA DGN ALLAH(Akan jaga isteri dan akan jaga amanah)
DAH HALAL HUBUNGAN DAN NABI SURUH JAGA AMANAH.

RAMAI ISTERI TAAT PADA SUAMI WALAUPUN SUAMI TAK ADA HARTA DAN ISTERI TAAT PADA SUAMI WALAUPUN  SUAMI TAK BERI KERJA,MASIH ADA PELUANGKAN ISTERI MASUK SYURGA?
Yg penting dalam rumahtangga perlu ada muafakat.
Jika isteri nak bantu suami,itu adalah satu rezeki.
Suami yg tak izin kerja bukan suami lubuk pahala tapi lubuk kepada perpecahan.
Berpakatlah dalam hubungan, berlapang dada dan tak berkeras dalam sesuatu perkara.

BERJAYA ATAU TIDAK SUAMI LUBUK PAHALA JIKA SUAMI ITU EGO ATAU SOMBONG PADA ANAK ISTERI?
Ini bukan akhlak terpuji dalam islam.
Sifat yg suka bersenda gurau itu hubungan  yg baik.
Sifat ego atau sifat yg kasar,ini sifat yg jauh dari rahmat Allah.
ELAKKAN SIFAT MAZMUMAH.
Kita mesti musahabah diri apa kelemahan diri masing² dalam rumahtangga.

ADAKAH ISTERI PERLU MINTA IZIN SUAMI?
Memang isteri tertakluk diatas ketentuan suami.
Ya..kena minta izin suami.
Jika suami dah izin kerja,tak perlu minta izin hari².
Jika keluar utk belajar,perlu minta izin suami.

HUBUNGAN MUAFAKAT BERSAMA ITU SANGAT PENTING.
JIKA ISTERI MENJAGA AURAT DAN TAHU JAGA BATAS² PERHUBUNGAN INI AKAN MEMBERI PAHALA UTK SUAMI.
BEGITU JUGA DGN SUAMI.
MATLAMAT KITA ADALAH KITA NAK KE SYURGA.
DALAM RUMAHTANGGA KITA NAK CARI REDHA ALLAH DAN RUMAHTANGGA ADALAH JALAN KITA KE SYURGA.
Suami lubuk pahala ialah suami yg berakhlak.
Sebagai seorang insan yg bertaqwa menjaga kefarduan iaitu SOLAT.
Suami yg jaga hubungan dgn Allah dgn perkara yg sunat².
Jika suami tak jaga perkara yg sunat,susahlah suami macam tu.
Jika suami yg asyik kerja sahaja ini adalah suami yg hanya fikir keduniaan.
Suami lubuk pahala juga suami yg mengaku kesilapan.
Semua ini berbalik pada diri suami itu sendiri.
Suami seperti cermin kepada rumahtangga.

BAGAIMANA NAK KAITKAN AKHLAK RASULULLAH DGN SUAMI LUBUK PAHALA?
Antara akhlak Rasulullah,suami yg kejut anak² solat subuh dan bawa berjemaah bersama.
Nabi tak pernah bercakap kecuali percakapan yg benar.

Nak tegur jangan mengungkit perangai lama suami.
Jangan cari yg negatif tapi carilah yg positif.
BILA BERGADUH HANYA NAMPAK KEBURUKKAN SAHAJA.
FIKIRLAH KEBAIKANNYA.

BAGAIMANA NAK TEGUR SUAMI YG EGO TINGGI BAGI SUAMI SEDAR KESALAHANNYA?
Kedua~dua pihak kena faham kita makhluk yg bukan sempurna.
Jika suami ego,kita jangan membarakan kemarahan.
Isteri yg bijak adalah mengadu pada Allah.
Mintalah dgn Allah kerana Allah yg memegang hati² manusia.
Ambil masa yg sesuai utk berbincang.
Jangan berbincang ketika suami baru balik kerja kerana ketika itu suami sedang penat.
SUAMI YG TAK SOLAT,TAK PUASA NAK UBAH BUKAN MUDAH.

APAKAH KEBAIKAN SUAMI ISTERI YG SELALU TEGUR MENEGUR DAN SEORANG ISTERI PERLU MENYALURKAN PAHALA PADA SUAMI DAN BUKAN PADA DIRINYA SAHAJA,BAGAIMANA USTAZ?
Sikap tegur menegur itu satu perkara yg paling baik mengikut waktu yg terbaik.
Suami perlu tahu jaga hak isteri dan isteri tahu jaga hak suami(perlu ada ilmu)
Suami yg ajak solat dan isteri ajak solat ini juga pahala bersama.
Jika tak ada tegur menegur suruh solat,masing² akan bebas.
ISTERI YG TAAT PADA SUAMI,BUKAN HANYA BERPAHALA PADA ISTERI TAPI BERPAHALA JUGA PADA SUAMI.

ISTERI DAH ADA SAHABAT LAMA DAN SUAMI MELARANG BERHUBUNG BERLEBIHAN,BAGAIMANA NAK HADAPI STUASI INI?
Hubungan silaturrahim perlu berhubung mengikut batas agama.
Jika dalam reunion isteri boleh menghadiri dan jgn terlalu bebas.
Hormati suami.
Suami beri hak secara terbuka utk berjumpa ketika reunion,isteri jaga maruah diri jgn bebas sebebasnya.

BAGAIMANA NAK JADI ISTERI YG MENYEJUK HATI SUAMI?
Seorang isteri yg solat tak tinggal,ilmu dicari ini akan menyebabkan hubungan semakin intim.
Nak sejukkan hati suami juga ialah bila suami ditimpa musibah,isteri akan beri kekuatan dan semangat utk sejukkan hati suami.
Jangan maki hamun suami ketika suami ditimpa musibah.

SUAMI YG SENTIASA SIBUK DAN SAYA KELUAR DGN NIAT BAIK,LEPAS KELUAR BARU MINTA IZIN,APAKAH SAYA DIKIRA ISTERI YG DERHAKA DAN BAGAIMANA NAK TEGUR JIRAN YG TAK SOLAT?
Asas dalam rumahtangga,minta izin sangat penting.
Jika keluar dgn urusan penting dan jika suami memang izinkan sejak dari perkahwinan tak perlu minta izin hari².
Jaga maruah iaitu tutup aurat.
Maruah hak suami.
Dalam islam hak menegur satu kewajiban.
Agama adalah nasihat.
Jika kita tegur sampai org marah,kita serahkan pada Allah.

BAGAIMANA NAK JADI ISTERI YG BAIK WALAUPUN SUAMI SUDAH MENINGGAL?
Selagi isteri buat kebaikan tetap sampai pada suami yg telah meninggal.
Tak boleh bebas jika suami dah meninggal dgn tak jaga aurat.
Ini menjadi dosa juga kepada Allah.

SEORANG SUAMI YG LUMPUH,ISTERI KELUAR SOLAT JEMAAH,APAKAH INI JUGA LUBUK PAHALA?
Khidmat isteri lebih utama uruskan suami yg lumpuh.
Jika auami tak redha,isteri tak akan selamat(mungkin suami sedang lumpuh walaupun tak boleh bercakap tapi dalam hati tak redha isteri pergi solat jemaah,ini tak beri pahala)
TAK BOLEH JUGA SEORANG ISTERI YG BERKHIDMAT PADA SUAMI TAPI TAK SOLAT DAN TAK BACA AL~QURAN.
Jika isteri pula sedang lumpur,suami wajib berjemaah di masjid.

BAGAIMANA SUAMI YG PUNYA RAMAI ISTERI,APAKAH INI JUGA LUBUK PAHALA?
Seorang suami yg ramai isteri utk selamatkan wanita,ini adalah suami lubuk pahala.
Tapi jika suami yg ramai isteri tapi tak jaga hubungan(tak beri nafkah)ini bukan dapat lubuk pahala tapi lubuk kepada dosa.

APA BEZA CERAI MATI DAN CERAI HIDUP?
Cerai mati hubungan tetap ada.
Isteri boleh mandi jenazah suami.
Jika isteri buat kebaikan dan niat utk arwah suami,arwah suami tetap dapat pahala.
Cerai hidup pula dah tak boleh hidup bersama.
Pahala juga tak sama kerana dah terputus hubungan.
Suami wajib beri nafkah walaupun sudah bercerai.

BAGAIMANA NAK MERAIH SYURGA?
Asas dalam perkahwinan ialah memilih pasangan hidup mesti berasaskan yg beragama.
Kadang² elok diawal dan ada gangguan ditengah perkahwinan kerana gangguan syaitan.
Dalam perkahwinan kena ada tegur menegur.
Banyakkan berdoa.

APAKAH KEBAIKAN BAGI SUAMI ISTERI YG SALING HARGA MENGHARGAI?
Pahala bukan di dunia semata~mata.
Suami yg baik ialah suami yg memimpin kepada kebaikan.
Suami yg ada keperibadian yg baik dan akhlak terpuji.
Seorang suami yg soleh akan menghasilkan keluarga yg baik.
Suami jangan ada faktor yg tak baik.

SEMUA INI BERBALIK KEPADA KEIMANAN.
AMANAH DALAM RUMAHTANGGA AKAN DITANYA DI AKHIRAT.
KITA BUKAN SEMPURNA,ANAk² DAN ISTERI PERLU SALING BETUL MEMBETULKAN.
BANYAKKAN BERDOA DAN MOHON SEGALANYA DGN ALLAH.
SEGALA~GALANYA BERBALIKLAH PADA ALLAH.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2