Ego, mazmumah tertinggi

*Ego, Mazmumah Paling Tinggi*

Ego, sombong atau takbur adalah sifat mazmumah mendekati kekufuran.
Ia bermula daripada sikap iblis terhadap Nabi Adam.
Kalau dibiarkan hingga subur mudah membawa kepada kekufuran.
Sama ada secara sedar atau tidak sedar.
Macam adil, salah satu sifat mahmudah mendekati taqwa.
Tambah sedikit sahaja lagi sifat taqwa itu pun dapat dicapai.
Sifat-sifat mazmumah yang lain di bawah ini.
Atau dia buah-buah yang lahir daripada satu pokok.
yang dinamakan ego atau takbur.
Ego adalah pokok boleh melahirkan berbagai-bagai buah mazmumah yang banyak jika disuburkan.
Di sini dibawa beberapa contoh untuk mudah difaham.
Seseorang yang sombong jika tersinggung
marahnya pun datang dan merangsang.
Dia datang meluap-luap tanpa dapat ditahan-tahan.
Sama ada di hadapan orang sedikit mahupun orang ramai.
Marahnya membakar, matanya merah, badan menggeletar.
Jika dia tahu ada orang lebih darinya.ĺSama ada ilmu, harta, pengikut, pengaruh,
Wah! Hasad dengki membakar.Jiwanya menggelisah tidak tentu arah.
Kalau orang itu pula mencabar.Wah! Dendam kesumatnya pun macam gunung berapi menunggu keluar lahar.
Jika bertukar fikiran dengan orang dia membantah tidak sabar-sabar.
Bertelagah, membantah, sekalipun orang itu benar.
Sekiranya melihat orang bawahnya yang hina-dina.
hatinya jijik, bibir mencemik
Melahirkan rasa benci atau menghina yang datang dari hati.
Kalau orang memberi nasihat    sakit.
Dengan orang susah hendak berkawan.
Jika ada orang bawahnya tersalah.
Aduh! Tengking herdiknya macam muntah yang keluar.
Keluarlah bahasa-bahasa kesat yang sangat dahsyat.
Kalau dia ada jasa minta dipuji dan disanjung tinggi.
Jika dia ada kuasa, nama dan glamor minta dihormati pula.
Susah hendak memuji orang.
Payah mahu hormat
Orang yang mempunyai sifat ego atau sombong ini jika ada kuasa,
Aduh! Musuh-musuhnya tidak ada maaf, dibelasahnya.
Kawan setia pun dia boleh khianat.
Jauhilah sifat sombong dia amat bahaya.
Sesiapa memilikinya mudah sahaja jatuh kepada kufur, waliyazubillah.

12.11.2002
Selepas Zuhur

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2